Rabu, Jun 06, 2012


Semut heran betul dengan perangai puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang suka sangat meroyan tak tentu arah pasal apa ye?

Dulu diorang jugak yang suruh budak - budak Mahasewel tu berdemo mendesak agar Kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN. Tapi, bila dibuat, kenapa diorang marah?


Bagi Semut, apa yang dilakukan oleh pihak PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar UniSel ni adalah langkah bagi merealisasikan tuntutan mereka.

Jadi, sepatutnya mereka ucap terima kasih la pada budak - budak Mahasewel tu sebab sekurang - kurangnya mereka berjaya dalam desakan tersebut.

Tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar Unisel tu boleh dianggap sebagai satu tindakan percubaan. Nak tengok bagaimana reaksi rakyat terhadapnya.

Bukankah itu yang mereka mahukan? Sekarang, bila dah dapat, pasal apa pulak diorang nak marah - marah? Bila tak bagi marah, bila bagi pun marah jugak? Heran, heran...

Lepas tu ada hati pulak nak marahkan pihak tertentu dengan dakwaan yang bukan - bukan. Kononnya, diorang kata, tindakan tersebut adalah 'demi kepentingan Politik pihak tertentu'.

Siapa pihak tertentu yang dimaksudkan tu? Bukan ke diorang jugak yang mintak sangat PTPTN dimansuhkan? Jadi, adakah ianya demi kepentingan mereka?

Itulah. Lain kali, kalau nak buat sebarang tuntutan tu fikir dulu masak - masak. Bila dah kena batang hidung sendiri, tau pulak diorang nak marah tak tentu arah. Dulu, diorang jugak yang cari penyakit. Sekarang, Rasa La Ubatnya!!! Baru Padan Muka Diorang!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. SATU STRATEGI PAKATAN THAT " BACK FIRED "

    ITULA.. ALLAH BAYAR TUNAI DENGAN MENGHALANG MINDA ANUAR DARIPADA BERFIKIR SECARA RASIONAL SEBELUM DIA BERTINDAK.. SIAPA YANG UNTUNG DARI PERBUATAN BODOH INI ? UNICEL LAH YANG UNTUNG...

    INI SEMUA KERJA UMNO... HE..HE..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping