Khamis, Jun 07, 2012


Ps: Isu pasal padang rakyat kat Kelana Jaya ni masih lagi tak selesai, datang pulak isu PTPTN. Tak ke kusut kepala hotak Si Khalid Gagap ni. 

Sekarang, baru padan muka dia!!! Baru dia tau langit tu tinggi ke rendah. Biar dia sedar diri sikit. Buat kerja guna Kepala Otak, bukan pakai Kepala Lutut!!!
PETALING JAYA: Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Padang Rakyat Kelana Jaya mempertikaikan tindakan kerajaan negeri membabitkan Lembaga Rayuan Selangor dalam isu pembangunan Padang Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor itu.
Pengerusinya, Datuk Zul Mukshar Md Shaari berkata, sudah termaktub padang itu merupakan kawasan hijau (tanah lapang rekreasi) yang diwarta mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, justeru tidak boleh dibangun kecuali untuk rancangan tempatan.
"Jadi di sini kita mempersoalkan dan minta penjelasan apa tujuannya mahu membincangkan status padang itu di Lembaga Rayuan," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, yang dilapor berkata badan bebas itu akan membuat pendengaran sebelum membuat keputusan mengenai isu terbabit.
Zul Mukshar sebelum itu menyerahkan memorandum kepada Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Zainun Zakaria bagi pihak Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berhubung isu dakwaan pemalsuan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2.
Antara lain, memorandum itu meminta MBPJ membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jika terdapat pemalsuan atau penyelewengan dokumen.
Selain itu, memorandum tersebut juga meminta proses penyediaan rancangan khas kawasan dihentikan dengan segera dan kompleks awam dan hijau tidak disalahguna.
Isu padang di Kelana Jaya itu itu mencetus kekecohan dalam kalangan penduduk dan pihak lain yang berkepentingan baru-baru ini, berikutan dua status bercanggah padang tersebut iaitu pembangunan komersial bagi MBPJ namun kawasan rekreasi untuk Pejabat Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor (STPCD).
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping