Tergagap - gagap!!! Hanya itu sahaja gambaran yang dapat diberikan ketika Si Khalid Gagap ni menjawab soalan dari pemberita semalam mengenai geran SelangorKu.
Geran yang berjumlah RM 300juta itu dikeluarkan bagi tujuan melakukan propaganda PKR yang sedang memerintah Negeri Selangor.
Heran kan. Kalau Kerajaan Barisan Nasional buat, guna duit peruntukan Kerajaan Negeri dan duit agensi kerajaan untuk buat program, diorang beria - ia kecam.
Tapi bila diorang buat, boleh pulak. Semuanya Halal belaka kalau kena pada batang hidung diorang. Tinggal lagi orang lain tak boleh buat. Keadilan Kepala Hotak Dia!!!
Berbalik kepada cerita pasal geran tu, Khalid kata dia baru nak jumpa dengan ADUN serta Ahli Parlimen untuk bertanya mengenai perkara tersebut.
Pulak dah!!! Baru sekarang dia nak tanya pada ADUN dan Ahli Parlimen? Kenapa dia tak tanya tahun depan je? Padahal, geran tu lulus dah lama dah. Sekarang baru nak tanya?
Nampak sangat la ada berlakunya penyelewengan kat situ. Kalau tidak, kenapa pulak dia kena jumpa dan bertanya kepada diorang pulak?
Bukan ke selama ni, Si Khalid Gagap tu selalu mendabik dada kata dia tahu semua benda? Jadi, adalah mustahil dalam isu ni dia tak tau apa - apa!!!
Hakikatnya, duit rakyat sebanyak RM 300juta tu hanya satu pembaziran yang nyata. Ianya digunakan bukan untuk membantu Kebajikan rakyat.
Tapi, sebaliknya, untuk kepentingan dan masa depan Politik mereka sahaja. Bak kata Nizar Lilin, kan lebih baik duit tu digunakan untuk membantu rakyat miskin. Yang diorang habiskan nak buat surat khabar tu, menda kejadahnya!!! Tak de faedah lansung!!!
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim teragak-agak memperincikan perbelanjaan Geran SelangorKu yang bernilai RM300 juta apabila diminta berbuat demikian oleh wartawan.
Sebaliknya, ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini, Abdul Khalid hanya menerangkan secara kasar mengenai perbelanjaan geran itu sekaligus menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti beliau menguruskan dana tersebut.
"Sekarang dah sampai bulan Mei. Jadi sebenarnya kita akan letakkan penggunaan duit tu dalam website. Jadi semua orang akan dapat (tahu).
"Tetapi sekarang pun saya sudah mula mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat yang bertanyakan penggunaan dan tumpuan penggunaan Geran Selangorku.
"Tumpuan geran itu saya tumpukan pada prasarana dan infrastruktur. Kita tumpukan pada usaha pembaikan jalan, pembetulan longkang dan juga beberapa perkara tentang pembersihan," katanya.
Banyak tu jika utk propaganda...negeri bukannya syarikat perniagaan yg perlu bajet utk pengiklanan.
BalasPadam