Khamis, Jun 21, 2012

Adakah Ini Bukti Cikgu Mala Sokong Gelombang Merah???
Bak kata pepatah Melayu, kalau tak de angin mana mungkin pokok akan bergoyang. Lain la kalau ada orang yang pergi goncang pokok tu.

Semalam baru je sahabat blogger Semut, Khazanah Minda Politik Melayu mendedahkan pasal isu Cikgu Mala nak masuk UMNO. (Klik kat sini).

Tu baru cerita 'Nak Masuk', dah menggelupor diorang buat penafian dalam blog masing - masing. Dah panas punggung PAS Johor dibuatnya. Belum cerita dah masuk lagi.

Kalau betul - betul Cikgu Mala tu masuk UMNO, mau pengsan diorang dibuatnya. Tak pun, ada yang kena serang sakit jantung. Masuk ICU terus!!! Tapi, nak buat macam mana. Siapa yang makan cili, dia rasa la pedasnya, ye tak!!! Hahaha!!!
Rentetan dari artikel http://penaksj.wordpress.com/2012/06/20/pas-johor-punca-cikgu-normala-berniat-serah-keahlian-masuk-umno/ yang mendakwa Cikgu Normala berniat menyerahkan keahliannya bersama UMNO telah mendapat perhatian blogger ‘DARK SIDE’ amenoworld. 
Kisah bermula berkisar seperti dimaklumkan oleh sumber dalaman parti tersebut dan beberapa teman didalam Pas, Cikgu Normala mempunyai sedikit masalah dengan tuntutan janji kebajikan yang dijanjikan setelah beliau tewas sebagai calon muslimah Pas di PRK Tenang oleh Pas negeri. 
Kerana janji-janji tidak tertunai seperti diharapkan, maka khabar angin bertiup kencang bahawa bekas cikgu ini kecewa sehinggakan dirinya berniat menyerahkan keahlian memasuki UMNO. 
‘Cikgu normala tak masuk umno dan masih bersama pas dan tidak mempunyai apa2 perselisihan faham.
 Cikgu normala akan buat sidang media untuk memperjelaskan hal tersebut. Ini lah sebabnya kenapa aku cakap dengan blogger umno neh tak yah susah2 lah nak baca penulisan dorang. Bukan sekali dua terkena oke dengan penipuan dorang’. 
Jika benar penafian akan dibuat oleh bekas cikgu ini seperti yang didakwa oleh blogger tersebut menguatkan lagi bahawa Pas Negeri cuba menutup kelemahan mereka dalam menjaga kebajikan calon mereka yang tewas dan sudah pasti sekali lagi bekas cikgu ini, sekali lagi menjadi kambing hitam kepada Pas negeri kerana ingin menutup kelemahan parti. 
K-MPM said: amenoworld dakwa cerita ini adalah fitnah…merendahkan sumber dalaman yang diperolehi oleh blog ini, sudah pasti semua kena akui amenoworld blogger pakatan kasta rendah jer..hua hua.. - seterusnya...
Categories: , , ,

7 ulasan:

  1. itulah cikgu,lain kali sebelum berbuat sesuatu kena fikir dulu.pas cuma nak gunakan cikgu untuk kepentingan politiknya dalam negeri johor saja.cuba tengok SINIZAR punya KURANG AJAR DENGAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR.aku cukup marah betul.sepatutnya kita semua kena taat pada semua SULTAN SULTAN kita.kerana MEREKA adalah penaung kita semua.ini tidak dikata katanya.habis sekarang ni jawatan cikgu macamana.mengajar lagi atau tidak.

    BalasPadam
  2. Akibat terpenaroh dgn hasutan Pati Alam Syaitan, sampai sekarang merana, kalau dulu kan dah senang2 dpt duit sbg guru, dpt naik gaji,pencen dan kemudahan yg lebih baik oleh kerajaan dari janji busuk PAS. apa nak buat nasi dah jadi bubur. Harap dah jadi penceramah PAS jaga mulut jgn celipar dan fitnah, dosanya besar. Moga pendapatan bulanan yg Prt Alam Syaitan janji lebih RM 4500.00 sebulan.

    BalasPadam
  3. Membaca blok sipapa gomo
    Sampai gelas jatuh berkecai
    Eloklah kalau Ce Gu masok UMNO
    Biar pisaukarat je yg jadi pecacai

    BalasPadam
  4. mencemarkan UMNO. tapi tak apa kita terima sebab dia insaf

    BalasPadam
  5. Wahai....Cikgu Mala..! Apa tunggu lama-lama, join jer UMNO mana tau ada kekosongan ketua cawangan wanita Umno kat mana itu pun kalau puak umno terlupe masa Prk dulu...Tapi kalau betul-betul insaf dan ingin kembali ke pangklal jalan, apa salahnya...Baju da merah macam ketua wanita da tu...Jangan tunggu Pas tu semua janji kosong, kat BN Janji ditepati Tau... Oleh Mat Bond.

    BalasPadam
  6. mulut je ke... nak kene jaga, takut dosa. abis tu tulisan kau ni tak kene jage ke.... tak kena dosa laa kau... best la jadi kau.

    Khalifahomar berkata...

    Akibat terpenaroh dgn hasutan Pati Alam Syaitan, sampai sekarang merana, kalau dulu kan dah senang2 dpt duit sbg guru, dpt naik gaji,pencen dan kemudahan yg lebih baik oleh kerajaan dari janji busuk PAS. apa nak buat nasi dah jadi bubur. Harap dah jadi penceramah PAS jaga mulut jgn celipar dan fitnah, dosanya besar. Moga pendapatan bulanan yg Prt Alam Syaitan janji lebih RM 4500.00 sebulan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping