Isnin, Jun 04, 2012


Ps: Kot ye pun semuanya Halal belaka, takkan la benda macam ni pun nak dihalalkan jugak kot!!! Tak serik - serik lagi ke diorang ni??? 

Tak puas lagi ke setakat Timbalan Presiden diorang je yang kantoi cerita macam ni sampaikan pemimpin yang lain pun ikut sekali? Kata nak pejuangkan Islam. Ini Perjuangan Islam menda kejadahnya!!! Korang fikir la sendiri!!!
Sebenarnya cerita-cerita dalam kelambu sangat banyak di Kedah. Dan yang paling menariknya, maklumat-maklumat sebegini lebih mudah diperolehi daripada para pemimpin PAS yang gemar memakai lebai dan bercakap tentang pentadbiran Islam berbanding pemimpin-pemimpin UMNO yang lebih senang menjalankan tugas mereka tanpa melibatkan PAS dan Pakatan Rakyat. 
Seorang pemimpin besar PAS Kedah yang juga merupakan seorang ADUN telah menghubungi KEDAHAN69ERS.COM dan meminta untuk membuat pendedahan berhubung Siti Aishah Abdul Ghani yang merupakan ADUN Merbau Pulas merangkap Exco Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat dengan Hamdan Che Khalib, ADUN Tanjong Dawai merangkap Exco Belia dan Suka, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan. 
Menurutnya, kemelut dan kontroversi berhubung Siti Aishah Abdul Ghani sebenarnya tidak pernah selesai. Siti Aishah yang lebih dikenali sebagai USTAZAH AISHAH sebelum ini dikaitkan dengan hubungan sulit dengan bekas pemandunya dan merupakan seorang BALU semenjak November 2010. 
Namun pada masa yang sama, Siti Aishah katanya lagi, turut menjalinkan hubungan dengan Hamdan Che Khalib. Hubungan sulit kedua-duanya semakin serius dan telah diketahui oleh pimpinan PAS Negeri, ADUN dan Exco. Kedua-duanya kerap berdua-duaan di bilik pejabat Exco. 
Bimbang isu tersebut bakal meletup, khususnya menjelang PRU13, pada April 2012, sejurus sebelum Mesyuarat Exco, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak telah memanggil kedua-duanya bertemu di dalam pejabat Menteri Besar. Setelah ditanya, akhirnya kedua-dua Exco tersebut mengakui, mereka memang telah menjalinkan hubungan sulit seperti yang didakwa. 
Sebagai orang tua yang mahu menjaga air muka kedua-dua Exconya itu, Azizan Abdul Razak akhirnya menasihatkan kedua-duanya agar bernikah bagi mengelakkan sebarang tohmahan selain menjaga imej parti.
Berita ini bagaimanapun, disenyapkan begitu sahaja oleh pimpinan PAS Kedah yang masih meraikan 'kejayaan' mereka mengumpulkan ahli-ahli PAS di Stadium Darul Aman pada 1 Jun lalu. 
Walau bagaimanapun, kalaulah benar seperti yang diceritakan oleh ADUN PAS berkenaan, KEDAHAN69ERS.COM mengucapkan tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Siti Aishah Abdul Ghani dan Hamdan Che Khalib, sekaligus segala cerita buruk yang serba mengaibkan akan terpadam dan berlalu.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. HAMDAN CHE KHALIB dan kita semua BUKAN NABI, BUKAN RASUL, BUKAN SAIDINA, BUKAN ORANG ALIM.kita semua adalah MANUSIA BIASA.kita semua tak bolih lari dari hasutan dan godaan iblis dan syaitan.cuba buka semula KITAB2 dan BUKU2 SEJARAH ISLAM dan bacalah kisah bagaimana ULAMAK2 DAN ORANG2 ALIM pada zaman dulu dapat digoda dan dihasut olih iblis sehinggakan SAORANG ALIM sanggup menjadi PEMBUNUH saorang perempuan yang telah DINODAINYA.akhirnya orang alim ini dijatuhi hukuman mati.dari itu janganlah kita membanggakan diri dalam soal UGAMA[ISLAM]SESUNGGUHNYA ALLAH SANGAT BENCI DENGAN ORANG YANG SUKA MEMBANGGA DIRI[sombong dan taksub].tak kiralah sama ada dari AHLI UMNO ATAU AHLI PAS.WALLAHHU,ALLAM.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping