Segalanya sudah terlambat!!! Orang dah bagi dia 4 tahun untuk menunaikan janji yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu. Tetapi, ternyata dia GAGAL!!!
Tak cukup setakat dia mengakui keGAGALan tersebut sahaja. Dia juga telah mengabaikan tanggunjawab hakiki terhadap rakyat. Bukan kecil dosanya ingkar janji ni.
Ingat!!! Bagi seorang Muslim yang GAGAL menunaikan janjinya, maka dia tergolong dalam golongan orang yang Fasik!!! Jadi, terbukti bahawa pemimpin seperti Khalid ini juga FASIK!!!
Sudah la dia GAGAL tunaikan janji - janji yang dibuat. Dia juga menipu terang - terangan dihadapan rakyat tatkala menyatakan keGAGALan dia tu.
KONONnya, kata Si Khalid Gagap ni, dia dah dapat menunaikan 30 daripada 36 janji yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu. Soalnya, apa dia???
Kalau setakat dia bagi air percuma, dan bantuan sekolah je, takkan itu pun dikira sebagai 30 jugak??? Tak reti kira ke apa?
Jadi, isunya sekarang, kenapa Si Khalid Gagap tu keberatan sangat nak sebut satu persatu janji yang KONONnya telah dia tunaikan sebelum ini? Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!
SUBANG JAYA: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui kerajaan negeri pimpinan beliau tidak dapat melaksanakan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 termasuk janji menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus.Bagaimanapun beliau mendakwa pihaknya telah berjaya melaksanakan 30 dari 36 janji manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya terdahulu.Khalid berkata janji pengurangan cukai pintu sebanyak 20 peratus tidak dapat dilaksanakan kerana ianya akan menjejaskan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT).Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan hadirin dalam program ramah mesra Menteri Besar bersama pengikut Facebook dan Twitter.
Malah Khalid sekali lagi menunding jari kearah kerajaan pusat atas sebab kegagalan pihaknya melaksanakan janji-janji tertentu, namun tidak memberikan contoh yang dimaksudkan."Pemberian air percuma, bantuan kepada sekolah sudah dilaksanakan. Ada juga yang kita tidak boleh laksanakan kerana bergantung kepada persetujuan Kerajaan Pusat.
Pada majlis itu juga, Khalid enggan menjelaskan kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji untuk memastikan golongan petani dan nelayan mendapat pendapatan minima RM1,200 sebulan, selain menyediakan khidmat rawatan dan pengangkutan percuma untuk warga emas serta elaun untuk ibu tunggal dan suri rumah.Turut tidak dilaksanakan ialah program perumahan rakyat untuk penduduk miskin di negeri ini.Bulan lalu, kerajaan negeri turut mengumumkan pemberian elaun RM50 untuk kanak-kanak tadika.
Namun hanya 3,000 kanak-kanak yang layak mendapat elaun tersebut sekali gus meminggir sebilangan besar ibu-bapa daripada skim berkenaan. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.