LOS ANGELES: Bintang siri realiti televisyen Amerika Syarikat, Kim Kardashian mencetuskan sengketa baru terhadap pengurusan bagasi di Lapangan Terbang Heathrow apabila dia menuduh petugas British Airways (BA) mencuri barangan yang ‘tidak boleh diganti’ dari bagasinya baru-baru ini.
Kim berkata, kakitangan lapangan terbang itu yang sudah berdepan dengan dakwaan akan menghadapi masalah menangani peningkatan jumlah penumpang pada musim Olimpik, mencuri beberapa beg tangan dan cermin mata hitam yang diwarisi daripada mendiang bapanya.
Dakwaan itu mencetuskan kebimbangan baru bahawa keselamatan di lapangan terbang berkenaan mungkin kembali pada tahap longgar seperti yang pernah berlaku pada 1980-an sehingga ia digelar ‘Thiefrow’ berikutan kadar kecurian bagasi yang tinggi.
Supermodel, Naomi Campbell juga menuduh kakitangan BA mencuri barangan miliknya pada 2008 dan mendakwa dia adalah pejuang selepas ditangkap berikutan pertengkaran di Terminal 5.
Kim, anak peguam terkenal, Robert, yang membantu OJ Simpson terlepas daripada tuduhan membunuh, tiba di Los Angeles Jumaat lalu selepas terbang dari Nice menerusi Heathrow apabila, mendapati bagasinya lebih ringan berbanding sebelum dia menaiki pesawat.
Selepas menyiasat, dia mendapati cermin mata hitam yang diberikan oleh Robert sebelum kematiannya hilang dari begnya.
Laman web selebriiti Amerika Syarikat, TMZ.com juga mendakwa beberapa dompet mahal milik Kim juga hilang.
Kim terdahulu menulis dalam laman Twitternya: “Amat kecewa dengan British Airways kerana membuka beg saya dan mengambil barangan istimewa milik saya! Ada beberapa barangan yang amat sentimental dan tidak boleh diganti.
“Kita perlu kembali kepada zaman kita boleh mengunci beg kita. Tidak rasa selamat dan tidak ada kepercayaan. Malulah.” - DM
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.