Masih tak selesai lagi skandal diantara Awek Kuda Lumba ni dengan Si Ketua Penipu tu rupanya. Ianya masih lagi menjadi bahan bualan rakyat.
Kali ini, mereka menjurus pula kepada pengakuan dari awek tu sendiri. Kenapa dia tak jelaskan kepada rakyat, dari mana datangnya hasil kekayaan yang diperolehinya.
Nampak gayanya Surat Akuan Bersumpah yang kemukakan oleh Si Ketua Penipu tu nyata tidak berupaya menarik tirai penamat untuk isu kontroversi ni.
Apatah lagi bila bekas Ketua Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris mengakui SD tersebut dibuat atas permintaan dan bukan sebab kesedaran dirinya sendiri.
Tambah menghangatkan keadaan bila Ummi Hafilda tampil dengan pendedahan tentang seorang wanita misteri sebelum ini.
Wanita misteri yang dikaitkan dengan Si Ketua Penipu tu telahpun kita ketahui identitinya dan dikenali sebagai Zaliah Zakaria.
Menurut pengakuan yang dibuat sebelum ini, minah tu mengaku pernah memiliki wang tunai dan hartanah bernilai RM100 juta.
Minah juga mengakui yang dia kenal dengan Kak Wan Omega sewaktu menjawat jawatan dalam syarikat Wira Tangkis Sdn Bhd.
Tapi di masa yang sama menafikan mengenali suaminya yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan.
Mengikut penjelasannya lagi, aset bernilai RM100 juta yang pernah dimilikinya itu diperolehi hasil perniagaan lumba kuda pada akhir 1990-an.
Agak-agak siapakah Menteri Kewangan ketika itu yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi lumba kuda tersebut?
Benarkah minah tu langsung tak kenal dengan Si Ketua Penipu dan hanya mengenali isterinya sahaja?
Tak mustahil kelulusan lesen perniagaan judi lumba kuda itu hasil rekomen dari Kak Wan Omega yang juga isteri kepada Menteri Kewangan pada masa tu?
Paling penting tentu sahaja khalayak ramai menuntut penjelasan yang lebih ampuh dari Minah tu berkaitan punca dan sumber sebenar kekayaannya.
Seseorang yang memiliki aset dan wang tunai RM100 juta tak mungkin cukainya akan mencecah RM50 juta. Sepatutnya jauh lagi rendah dari angka itu.
Maka minah tu perlu mengambil langkah berterus terang kerana ianya lebih baik berbanding penjelasan separa masak yang dilakukannya sebelum ini.
Rakyat perlu tahu tentang Kebenarannya. Jangan pulak Si Minah tu tiru perangai Si Ketua Penipu tu pulak. Nak suruh dia buktikan Kebenaran diri dia sendiri pun payah, macam mana dia nak jaga maruah negara kelak!!!
Makann limaunipis masam mencuka,
BalasPadamPerut memulas rasa nak tanggal
Memang itu adat bercinta
Bila dah tua buat2 x kenal!
Memang diorang ni HEMPURAS! SAMPOLIMOK!
apa2 je lah.Memang x boleh percaya