Khamis, Jun 28, 2012


Uik? Banyak sangat ke masalah Si Khalid Gagap ni dikawasan Dewan Undangan Negeri dia sekarang sampai sibuk sangat dia nak pindah ke kawasan lain?

Kalau sebelum ini, dia dah kantoi jadi pengundi hantu dalam kawasan Parlimen Si Nurul Izzah tu. Mungkin sebab itu dia daftar kat tempat lain pulak.

Ke dia nak jadi Ahli Dewan Undangan Negeri dibanyak tempat supaya dapat memastikan yang dia masih relevan untuk terus kekal jadi Menteri Besar?

Al Maklum la. Dia jadi Menteri Besar sekarang pun tak ubah macam seorang Badut je bila dia hanya dipermain - mainkan dek orang ramai.

Bayangkan la. Tak pernah lagi ada seorang Menteri Besar yang tidak dipandang serius oleh rakyatnya sendiri. Ini la kali pertama dalam sejarah. Dari kalangan ahli parti sendiri pulak tu.

Nampak sangat la Si Khalid Gagap ni jelas GAGAL menjalankan tugas dia sebagai seorang Menteri Besar. Kalau tidak, takkan ahli parti sendiri bangkit pertikaikan pasal dia.

Tambahan pulak, apa sebab dia nak pindah ke kawasan? Dah tentu dia jugak GAGAL sebagai seorang ADUN dikawasan sebelum ini. Itu pasal la dia nak lari ke tempat lain!!!

Mungkin itulah kifarah yang Allah berikan terhadap sikap bongkak, sombong dan bangga diri dia selama hari ini!!! Kalau bercakap, dia je yang hebat. Sekarang, ambik ubat!!!

Jadi, bukti apa lagi yang rakyat nak lihat untuk memastikan bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang tak reti buat kerja!!! Diorang ni setakat bercakap je pandai, tapi kerja satu hapah pun diorang tak tau buat!!!
SABAK BERNAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak bantahan beberapa pihak terhadap permohonan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjadi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati.

Difahamkan, Abdul Khalid yang menggunakan alamat Lot 173, Batu 22, Kampung Pasir Tuntong, Bukit Rotan dekat sini telah membuat pendaftaran penukaran alamat bagi kawasan mengundi berasaskan pada alamat kad pengenalannya.

Pendaftaran tersebut akan meletakkan Abdul Khalid sebagai pengundi dalam DUN Bukit Melawati dengan daerah mengundi di Api Api manakala lokaliti di Kampung Pasir Tuntong iaitu dalam Parlimen Kuala Selangor.

Pembantah yang juga Pengerusi Aktivis Rakyat Bersatu Selangor (Akrab), Ahmad Hisham A. Manaf berkata, pihaknya melakukan bantahan tersebut kerana keliru dengan tujuan sebenar Abdul Khalid berbuat demikian.

"Abdul Khalid merupakan pemastautin tetap di Petaling Jaya, jadi mengapa beliau mahu mengundi di kawasan ini. Tindakan beliau itu kelihatan seperti mempunyai agenda tersembunyi.

"Adakah benar beliau mahu menjadi pengundi atau sebenarnya bercadang untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati atau Parlimen Kuala Selangor," katanya kepada Utusan Malaysia selepas perbicaraan tersebut di sini.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. mungkin dia takut tak dapat sokongan lagi dikawasan[DUN]lamanya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping