Pada tahun 2010, Rozita Che Wan, pernah mengumumkan hasratnya untuk bersara daripada dunia lakonan.
Keputusan itu diambil kerana dirinya sudah muak dengan dunia hiburan yang penuh kontroversi dan pandangan masyarakat yang sering mengaibkan keluarganya.
Pun begitu, Rozita tetap optimis dalam perniagaan dan ingin mengeluarkan produk bulu mata palsu dengan jenamanya sendiri.
Sehingga kini, Rozita masih aktif dalam dunia lakonan dan menerima tawaran pelbagai pihak. Mungkin kerana jiwanya dalam lakonan sudah sebati, Rozita sukar untuk melepaskan dunia 'glamor' ini.
Tapi, bukan Che Ita ni aje yang ada hasrat nak bersara tapi tak jadi. Ada lagi artis lain yang mempunyai nasib sama seperti dia. Salah seorangnya, Que Haidar.
Ramai yang beranggapan, tindakan Que Haidar atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Tengku Haidar, 32, bersara dari dunia seni oleh sebab isterinya, Linda Jasmine.
Namun setelah hampir dua tahun menyepi, Que akhirnya tidak dapat membendung kerinduannya untuk kembali berlakon.
Tampil mempertahankan isterinya, Que memberitahu pengundurannya dalam bidang lakonan kerana mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan perniagaan milik mereka.
Terbaru, Que terlibat dengan pementasan teater puisi tari, Primadona… Perahu Mimpi, setelah meninggalkan pentas teater selama 10 tahun.
Selain Que dan Che Ita, Aktress Veteran, Azizah Mahzan pun pernah meluahkan hasrat untuk bersara juga selepas kontroversi dia hangat diperkatakan dulu.
Setelah membintangi drama, Spa Qistina musim kedua, Azizah Mahzan, membuat keputusan untuk bersara kerana kurang berpuas hati dengan skrip drama tersebut.
Tindakan Azizah telah menyinggung penulis skrip drama itu, Rina Khan. Namun, keputusan Azizah untuk bersara nyata meleset, apabila sehingga kini dia masih aktif berlakon.
Buktinya, dia masih membintangi filem-filem hebat, seperti Ombak Rindu dan beberapa drama popular, termasuklah Bicara Hati di Astro.
Last sekali, artis yang nak bersara tapi tak jadi ni ialah Faezah Elai. Tapi, tak pasti la pulak kenapa dia nak bersara hari tu.
Isteri kepada pengarah terkenal, Heykal Hanafiah, ini berkata, dia mula bosan dengan ‘taktik kotor’ diguna kebanyakan penerbit drama atau filem yang gemar ‘dikipas’ sebelum beri watak kepada pelakon pilihan mereka.
Katanya, sepanjang tiga tahun penglibatannya dalam dunia lakonan, pemilihan pelakon tidak berdasarkan kualiti tetapi cara mereka 'mencari' peluang.
"Di awal pembabitan, pihak produksi pernah ugut menjatuhkan karier saya jika tidak ikut kata-kata mereka.
"Saya tak mungkin akan berlakon sampai bila-bila," katanya ketika buat kenyataan itu tahun 2010.
Faezah berkata, dia merancang buka pusat asuhan kanak-kanak dalam masa terdekat dan sedang mempelajari mengenai pengurusan pusat asuhan. Namun hingga kini, wajahnya sering menghiasi kaca TV.
sape yang menetek ni..jom sggh http://adf.ly/9wzqt
BalasPadam