Rabu, Jun 13, 2012


Aduhai Pak Berahim!!! Apa dah jadi ni? Takkan la sampai serendah ini martabat dia letakkan semata - mata untuk merampas kuasa duniawi?

Orang lain sibuk kata yang PAS ni sebuah parti yang KONONnya memperjuangkan Islam dan menegakkan Kebenaran. Takkan dia sanggup keluarkan kenyataan seperti ini?

Adakah dia tak malu kalau orang mempertikaikan kenyataan dia ni? Atau adakah dia memang mahu orang merendahkan martabat dirinya sebegai seorang pejuang Muslim?

Hanya semata - mata nak menghadapi Pilihan Raya, dia menyeru agar semua ahli PAS tidak pergi menunaikan Haji walaupun mereka sudah terpilih.

Tidakkah dia tahu bahawa peluang untuk menunaikan Haji itu merupakan ketetapan Allah S.W.T? Adakah dia mahu mereka menentang Ketetapan tersebut?

Ketahuilah bahawa orang seperti Pak Berahim ni la yang membuatkan lebih ramai anak muda mula memandang serong terhadap PAS dan perjuangan Islam mereka.

Jika dulu mereka gugurkan dasar perjuangan Negara Islam dan digantikan dengan Negara Kebajikan kerana tidak ada termaktub didalam Al - Qur'an.

Kali ini, fatwa apa pulak yang mahu dikeluarkan oleh Pak Berahim? Ayat apa pulak yang mahu diputar belitkan bagi membenarkan perkara ini?

Adakah ianya tertulis dalam mana - mana ayat Al - Qur'an atau hadis mengenai keutamaan menghadapi Pilihan Raya lebih daripada menunaikan Haji?

Sesungguhnya, Menunaikan Haji itu merupakan diantara 5 perkara yang membuatkan seseorang itu Islam. Takkan Pak Berahim tak tau benda ni?

Seperti kata seorang pembaca blog Semut. Apa gunanya membaca Al - Qur'an tetapi tidak dapat mengikut ajaran yang terkandung didalamnya. 

Mungkin, komen itu ditujukan kepada orang seperti Pak Berahim ni sebab dia lebih tahu mengenainya. Tapi, kalau itu pun dia tak faham, nak buat macam mana. Korang sendiri fikir la!!!
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti yang dipetik menerusi laporan berita itu berkata, Pas menjangkakan pilihan raya umum akan datang diadakan pada musim haji iaitu selepas bulan Ramadan antara September hingga Oktober.

Kata Tuan Ibrahim, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana Pas memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa berlangsungnya pilihan raya umum tersebut.

"Inilah masalah yang dihadapi negara kita berhubung tarikh pilihan raya menyebabkan rakyat susah untuk membuat perancangan. Kalau ikut pemantauan kita, memang dijangkakan pilihan raya bakal diadakan pada musim haji tahun ini.

"Kalau berlaku demikian, kita minta ahli Pas yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sama ada sebagai calon atau wakil calon atau agen parti untuk menangguh ibadah haji ke tahun hadapan,'' kata Tuan Ibrahim seperti dipetik menerusi laporan berita itu.

Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihan raya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk ke Mekah.

''Kita melahirkan rasa dukacita terhadap perkara ini. Takkan kita nak salahkan orang ramai untuk menunaikan ibadah haji? Kerajaan sepatutnya lebih awal tetapkan tarikh, supaya tidak mengganggu perkara-perkara lain,'' ujarnya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. DEMI KUASA, DEMI PUTRAJAYA, SETAN PUN DIA SANGGUP BERKAWAN, HUKUM ALLAH TOLAK TEPI.!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping