Ramai orang yang tertanya - tanya, puak - puak Pakatan Pembangkang ni setakat tau buat dakwaan saja ke? Atau diorang benar - benar ada bukti mengenai dakwaan tersebut?
Sebelum ini, Si Mat Muka Bulan tu keluarkan satu kenyataan dalam Sidang Parlimen untuk bantu menegakkan benang basah Si Ketua penipu tu.
Dia kononnya nak tolong bantu Si Ketua Penipu tu yang mencabar Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya membangkitkan isu berkaitan 20 akaun yang dikawalnya.
Dalam kenyataan Si Mat Muka Bulan, dia kata Bekas Penolong Gabenor Bank Negara telah diugut oleh pihak tertentu agar buat pendedahan akaun RM 3billion Si Ketua Penipu tu.
“Kita mendapat maklumat bahawa beliau didatangi oleh pihak tertentu, yang melakukan ugutan, malah kami tahu siapa pegawai terbabit yang berbuat sedemikian.“Abdul Murad telah didesak agar tidak membuat penafian, kita tahu beliau diugut,” kata beliau yang juga Setiausaha Agung PKR pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan, semalam.
Persoalannya, siapa yang buat ugutan tersebut? Kenapa tidak mereka membuat laporan Polis jika benar wujud ugutan yang dinyatakan oleh Mat Muka Bulan tu?
Adakah mereka enggan buat laporan Polis sebab diorang ni jenis manusia yang pemaaf? Atau keengganan mereka tu disebabkan diorang tak percaya pada sistem perundangan Negara?
Soalan yang diajukan oleh Tun Dr. Mahathir pun wajar dijadikan sebagai satu persoalan utama juga. Tun kata, kalau Datuk Murad buat pendedahan palsu, kenapa tak saman dia?
Soal ini bukan satu soalan yang baru sebenarnya. Puak - puak penyokong tegar Si Ketua Penipu tu pun tau perangai dia. Mana dia akan ambik tindakan macam tu.
Dia lebih senang untuk menuduh UMNO atau Barisan Nasional sebagai pihak yang bertanggungjawab. Jadi, sebab tu dia tak ambik tindakan.
Sama la macam kes pendedahan video seks dia dengan Chinadoll dulu. Kenapa sampai sekarang dia tak saman Datuk Eskay sedangkan Datuk Eskay yang dedahkan video tu?
Sudah la dia tak ambik tindakan. Dok cerita dengan orang yang dia kena aniaya dek UMNO walhal UMNO tak de kena mengena pun dengan kes tersebut.
Jadi, tak heran la kalau Si Mat Muka Bulan ni pun setakat tau sebut je. Buktinya mana? takkan tau cakap je kot!!! Jangan la ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat nak percaya semua benda yang dia cakap!!! Kalau ada bukti, tunjuk la!!! Simpan sendiri buat apa!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.