Hehehe... Selama hari ini, PKR sentiasa mengangkat diri mereka sebagai sebuah parti yang tidak wujud konflik dalaman. Kononnya nak tunjuk yang diorang bersatu hati lawan BN.
Tapi, kalau pekung dah terdedah, sorok la kot macam mana sekali pun tetap jugak berbau. Biar satu gunung diorang tutup dengan daun pisang, busuknya tetap jugak dapat dihidu.
Kontroversi berkaitan dengan isu Setiausaha Politik Menteri Besar Badut di Selangor ni bukannya satu isu baru. Dah lama dah orang dengar cerita ni.
Dulu wujud gerakan nak jatuhkan Si Khalid Gagap tu dari jawatan Menteri Besar sebab terlalu lembut dalam melaksanakan tugas. Lepas tu, dia kedekut pulak.
Maka sebab itulah dia kena serang dengan puak - puak PKR yang terasa diri mereka terpinggir dek pemerintahan Khlaid Gagap. Agaknya, diorang mintak projek tak dapat kot.
Tapi, disebabkan Si Ketua Penipu tu dah bersuara dan kata yang jawatan Khalid Gagap tu akan terus kekal, semua orang senyap sekejap.
Tinggal lagi, senyap diorang tu tak semestinya bermaksud yang diorang berpuas hati. Dalam hati tetap jugak ada dendam. Mana boleh duduk diam.
Mungkin atas sebab itu la diorang mula menyerang Si Minah Muka Berminyak tu pulak atas alasan incompetensi dia menjalankan tugas.
Kecewanya diorang ialah apabila isu tu tak lansung dipandang berat oleh kepimpinan PKR Pusat. Masih jugak nak main wayang untuk menunjukkan tidak ada konfrantasi dalaman.
Atas sebab itulah agaknya, Si ADUN Selipar ni membangkitkan isu tersebut. Dia desak supaya Si Ketua Penipu tu ambik tindakan.
Takkan Si Ketua Penipu tu nak buat pekak pulak!!! Ahli dah bersuara, kenapa dia nak buat - buat tak tau!!! Kata nak perjuangkan suara rakyat. Ni baru ahli yang bersuara pun dia dah tak endah, nak perjuangkan suara rakyat menda jadahnya!!! Buat mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM – Kontroversi gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang bermula di laman sosial Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah kini semakin hangat apabila Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Shuhaimi Shafie mahu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan menyelesaikan isu tersebut.Shuhaimi yang Ketua Penerangan PKR Selangor berkata, visi menjadi kerajaan kini dipandu dengan gandingan cukup baik antara Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat, Azmin Ali dan pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat sebagai satu ‘gerombolan meriam’ ampuh untuk mara ke Putrajaya.“Namun, jika dalam perjalanan ini, ada satu dua ‘meriam’ yang dirasakan sudah uzur oleh kepimpinan, rosak dan hilang kekuatan semangat kebersamaan, elok sahaja digantikan dengan ‘meriam’ baru supaya matlamat menakluki Putrajaya tidak tersadai di sempadan.“Tiba masanya untuk Ketua Umum melihat perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Kempen di laman Twitter itu memaparkan pelbagai luahan hati pengikut dan rasa tidak puas hati selepas Faekah dikatakan mempertikaikan keputusan Majlis Pimpinan PKR melantik Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR, selain dakwaan berkuasa terhadap pengeluaran peruntukan di bawah Geran SelangorKu dan program pembangunan untuk rakyat Selangor.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.