Sabtu, Jun 23, 2012


Setengah orang obses dengan duit. Ada jugak dengan pangkat atau kuasa. Tapi, fantasi Si Kilafairy ni lain pulak. Dia lebih obses dengan pakaian. Jadi sebab tu la dia bukak butik. Meh baca cerita dia selanjutnya!!!
SUKAR pada mulanya untuk mencari lokasi terletaknya butik pakaian Rack milik si bibir mungil pemilik nama Syakila Nisha Jangir Khan, 21, atau lebih dikenali Kilafairy ini.
Namun, ketika melangkahkan kaki ke ruang legar pusat beli-belah The 19 USJ City Mall di USJ 19, Subang Jaya, baru-baru ini butik yang berada di aras dua itu sebenarnya sudah dikenali para peniaga lain di situ.
Bagai tidak menjangka kemampuan butik pakaian yang sedikit tersorok daripada pandangan pelanggan, ia sebenarnya sudah pun memulakan operasi beberapa bulan lalu dan mempunyai pelanggan sendiri.
"Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan kebanyakan pelanggan terdiri daripada golongan remaja yang gemarkan fesyen terkini dan bergaya," ujarnya yang ditemui ketika pelancaran butik Rack baru-baru ini.
Butik yang diusahakan bersama kakaknya, Shakira Idora Jangir Khan, 22, itu membuktikan kesungguhan Kilafairy selaku pemegang Diploma Pemasaran Fesyen & Pengurusan dari Kolej Antarabangsa Raffles.
"Sesuai dengan bidang pengajian saya sebelum ini, butik Rack merupakan pelaburan saya untuk masa akan datang. Kalau hanya bergantung pada lakonan atau nyanyian sahaja tidak akan menjamin masa depan saya.
"Idea untuk membuka bisnes ini sudah lama sebenarnya. Sejak pusat beli-belah ini menjual barangan digital dan apabila bertukar pengurusan kami mula mengorak langkah lebih proaktif," katanya yang terlebih dahulu membeli stok awal untuk disimpan di rumah ketika premis perniagaannya dinaik taraf.
Categories:

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum saudara rakan bloger Semut Pakatan Haram telah tiga kali mengadakankan demo BERISH @ berSHIT.. jadi saya juga sudah membuat keputusan ingin membuat demo BERSIH didalam blog saya. Sebelum saya lakukan pembersihan ini berbesar hati jika saudara Semut sudi memberi pandangan terhadap saya.

    Saya sudah bersabar setahun lebih sehingga kini. Nama-nama blog yang tersenarai didalam blog saya itu akan saya padankan kesemuanya bagi rakan bloger yang tidak senaraikan blog saya didalam blog mereka.

    Dulu memang ada tersenarai..namun apabila saya checking nama blog saya sudah terkeluar atau sengaja dikeluarkan w.a Saya tetapkan penghujung bulan Jun ini akan saya padamkan nama blog mereka, oleh itu berbesar hati agar saudara Semut memberikan pandangan tentang keputusan saya ini

    BalasPadam
  2. Sila emailkan aduan sdr ke dalam inbox Semut. Senang sikit untuk kita berhubung.
    Email Semut: semuthitan80@gmail.com

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping