Jumaat, Jun 22, 2012


Ini satu lagi benda yang pelik dengan perangai Si Ketua Penipu. Kalau dengan orang lain, pandai pulak dia suruh bersumpah dan sebagainya.

Walaupun, apa yang dia suruh orang tu buat ternyata bukan perkara sebenar, tapi dia tetap boleh paksa orang untuk buat akuan sumpah.

Tinggal lagi, bila isu berkaitan dengan diri dia, kenapa dia takut sangat nak angkat sumpah atau buat akuan bersumpah seperti mana yang dia suruh orang lain buat?

Sebagai contoh, kes liwat. Kenapa sampai hari ini orang desak suruh dia angkat sumpah dia tak nak? Banyak alasan pulak yang dia bagi?

Kes skandal seks dengan Chinadoll pun macam tu jugak. Datuk Eskay boleh rileks je angkat sumpah. Tapi, Si Ketua Penipu tu buat la alasan yang tak masuk akal.

Kata dia, orang yang bersumpah ni mesti bukan seorang kaki arak, kaki perempuan dan bebas dari melakukan dosa - dosa besar. Jadi, dia pun tergolong la adalam golongan tu jugak!!! Mungkin sebab tu la dia setakat pandai suruh orang je!!!
KUALA LUMPUR 21 Jun - Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Datuk Abdul Razak Idris digesa membuat laporan polis berikutan pendedahan beliau diarah membuat akuan bersumpah menutup kes pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, tindakan Anwar memaksa Abdul Razak membuat akuan bersumpah tersebut adalah kesalahan yang berat di sisi undang-undang.

Choo Keong yang merupakan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga berkata, pendedahan itu serius kerana akuan bersumpah yang dibuat bukan atas kerelaan Abdul Razak dan boleh disifatkan sebagai akuan palsu.

"Ini adalah satu kesalahan, ia merupakan akuan palsu. Mana boleh Anwar memaksa Abdul Razak membuat akuan bersumpah semata-mata untuk menutup dakwaan yang dihadapinya.

"Abdul Razak perlu segera membuat laporan polis dan pihak berkuasa juga perlu bertindak dengan serta-merta. Jelas sekali ia bukan akuan bersumpah Abdul Razak tetapi orang lain," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Inilah maanusia pelbagai rupa:
    Jatuh ke air menjadi buaya
    Jatuh ke bumi menjadi harimau
    Terbang diawan menjadi helang!
    Awas:Bahaya tetap bahaya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping