Ahad, Jun 10, 2012


DIANGGOTAI oleh Nurain T. Abdullah, 39; Leia AzZahra Justin Abdullah, 32; danValerie Cassera, 29, ketiga-tiganya mempunyai kisah tersendiri dalam menempuhi cabaran sebagai seorang mualaf.

Tidak lokek untuk bercerita, masing-masing membuka bicara tentang perjuangan mereka hendak memeluk agama Islam.

Selaku anggota paling senior, Nurain yang berasal dari Keningau, Sabah ini masih lagi ingat bagaimana detik permulaan untuknya melangkah sebagai seorang saudara baru.

Dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang begitu patuh kepada agama Katolik, ketika itu Nurain memberitahu dia masih terus mencari haluan dalam kehidupannya.

Pernah juga dia menganut agama Buddha semata-mata mahu mencari pegangan yang kukuh sebagai seorang manusia.

"Ternyata semuanya itu tidak memberikan ketenangan buat saya sehinggalah pada satu hari, saya membaca tafsiran al-Quran. Helaian demi helaian sehingga habis, barulah saya menemui apa yang dicari selama ini.

"Segala persoalan yang selama ini saya cari semuanya ada di dalam kitab suci tersebut lalu memberi keyakinan untuk saya menjadi seorang Muslim," kata wanita yang memiliki kelulusan dalam bidang kecantikan dan dandanan rambut ini penuh terbuka.

Sudah pasti katanya, dugaan dan cabaran mulai timbul sebaik sahaja dia menyuarakan hasrat kepada keluarga yang mendapat tentangan cukup hebat.

Apatah lagi, selepas dibuang keluarga Nurain hilang segala-galanya sehinggalah dia dipertemukan dengan seorang teman yang membantu membawanya mendalami Islam.

Sempat juga dia belajar di sekolah pondok di Kedah dan sepanjang di sana, Nuraian begitu gembira kerana mendapat ilmu yang dicari selama ini.

Sangkanya, selepas menamatkan pengajian, dia akan mendapat bantuan daripada masyarakat Islam sendiri.

Tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku. Sama sekali dia tidak menyangka ada segelintir yang seolah-olah menjadikan Islam ini sebagai sebuah agama yang sukar.

"Sebagai seorang saudara baru, sudah pasti saya memerlukan masa untuk membentuk diri menjadi seorang Muslim. Tetapi saya pula ditekan dan dipaksa untuk melakukan semua perkara dalam satu masa.

"Bagi saya, sebelum melakukan perkara praktikal, apa yang harus diutamakan adalah pembentukan akidah dan ketetapan iman dalam diri. Seiring itu, barulah disekalikan dengan apa yang harus dilakukan.

"Itu belum lagi perlu berhadapan dengan kerenah birokrasi pihak tertentu untuk membantu mualaf seperti saya sedangkan orang seperti kami ini wajib dibantu," luahnya yang sudah 12 tahun menjadi Muslim ini dalam nada sedikit kesal.
Categories:

1 ulasan:

  1. Masa di UPM dulu, ada seorang siswi Sino Kadzan, namanya Nur Mutmainnah Gibrail Abdullah. Dia juga memeluk Islam dan disingkirkan dari keluarganya selepas itu.

    Mengapa orang Melayu Islam kita tidak menyedari nikmat Islam dalam diri?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping