Jumaat, Jun 15, 2012

Hah!!! Adakah dia sudah menjadi Lesbian?
Opps!!! Nanti dulu. Baca dulu ceritanya...

CINTA menyempurnakan kehidupan manusia, itu diakuinya. Namun untuk mempunyai rasa itu buat masa sekarang, jujur dia belum bersedia.

Bukan serik atau tawar hati untuk kembali menjalani kehidupan berumah tangga selepas perkahwinan pertamanya kecundang. 

Sebaliknya pelakon serba-boleh berwajah eksotik, Nabila Huda Suhaimi, 28, mahu mendahulukan rasa cinta itu buat permaisuri hatinya, Keisha Laila, 2.



“Seluruh kehidupan sekarang, saya dedikasi buat Keisha. Dia adalah keutamaan saya dalam segala hal. Sejak bercerai, saya tak pernah merasa sunyi kerana saya ada Keisha yang menjadi pengubat hati kala duka mahupun saat lelah pulang bekerja. 

“Dia adalah kekuatan saya selama ini. Kalau ditanya, cinta saya buat siapa, Keisha adalah insan selayaknya menerima kasih sayang yang abadi daripada saya.



Tidak menafikan penting kehadiran seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita, tetapi buat masa ini saya belum bersedia.


“Lagipun sejak zaman remaja lagi saya sudah berdikari dan menjadi rezeki sendiri tanpa bergantung pada sesiapa. Jadi, bukan masalah buat saya menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa sekali gus.

“Kalau satu hari ditakdirkan bertemu jodoh pun, saya impikan lelaki yang boleh menyayangi Keisha dan bukan hanya inginkan saya seorang. Dia juga haruslah bertanggungjawab sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga,” katanya.

Ketegasan nadanya berbicara, jelas menyatakan bahawa hati Nabila mesra disapa Abil ini belum dimiliki sesiapa meskipun berlegar gosip sejak beberapa bulan yang lalu dirinya begitu dekat dengan pemenang anugerah Artis Lelaki Baru Popular, Johan As’ari.

Malah, Johan pernah menuruti wanita yang dilahirkan pada tanggal 2 Disember itu bercuti ke Jepun bersama keluarga, namun itu juga bukan bererti mereka bercinta.

Sebaliknya, undangan itu tidak lebih daripada jemputan teman baik terhadap teman baiknya. 

“Dia adalah sahabat paling rapat dan kawan paling baik pernah saya jumpa. Kami memang berkawan baik, tetapi tidak bermakna kami bercinta. 

“Kalau ditakdirkan kami bercinta suatu hari, itu saya anggap kerja Yang Maha Esa. Apa yang saya tahu, saya tidak mahu mencemari persahabatan kami dengan perasaan yang lebih daripada sebuah persahabatan.

“Bagi mereka yang mengenali diri saya, mereka akan tahu saya bukan jenis hipokrit. Saya tidak pernah merahsiakan dengan siapa saya bercinta kerana menyembunyikan hal sebenar akan memberi masalah di kemudian hari. 

“Peminat tidak suka ditipu, begitu juga wartawan. Malah, saya sendiri juga tidak suka hidup dalam ketakutan gara-gara penafian yang dilakukan. Cinta perkara yang harus diraikan, jadi tidak salah jika orang tahu bahawa kita sedang bersama seseorang,” katanya.

Nabila pernah bernikah dengan Zaidy Zailani pada 6 Disember 2008 dan dikurniakan cahaya mata sulung mereka pada 11 Mei 2010 iaitu Keisha Laila. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan berpisah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping