Sabtu, Jun 16, 2012



Mungkin itulah hakikatnya. Si Nik Nazmi ni sebenarnya takut nak bertanding dikawasan Parlimen Kelana Jaya bagi menggantikan Gwo Burne Low.

Kata dia, khabar angin tu sengaja direka cipta kerana ianya disifatkan sebagai gosip yang tidak perlu dipercayai oleh mana - mana pihak.

Dalam kenyataan media dia hari ini, Si Nik Nazmi tu kata calon - calon yang baru lebih luas pengetahuannya dan bukan sekadar tangkap muat.
“Saya rasa itu biasalah, kita ada calon baru, calon muda. Kualiti calon kita seperti kata Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih baik dari pelbagai segi, antaranya gabungan pengalaman, pengetahuan, pendidikan, jawatan dalam parti,” katanya.
Maknanya, calon - calon PKR sebelum ni semuanya tak berguna belaka la ye? Semuanya tak de pengalaman, pengetahuan, pendidikan dan jawatan dalam parti. Itu ke yang dia maksudkan?

Tapi, kenapa pulak dia tak nak bertanding di Kelana Jaya? Kalau orang dah calonkan dia dikawasan Parlimen tu, kenapa perlu dia tolak?


Assmin Pun Tergamam Kena Balun Di Kelana Jaya
Jelas, Si Nik Nazmi ni sebenarnya tak nak bertanding di Kelana Jaya akibat perkara yang berlaku sebelum ini dimana dia sendiri tebal muka berdepan dengan penduduk setempat.

Semuanya gara - gara pihak Kerajaan PKR Selangor yang bertindak melulu untuk mengambil alih Padang PKNS untuk dijadikan sebagai kawasan perniagaan.

Dia sebelum ini turun dengan Si Assmin Ali semata - mata nak memujuk dan berkompromi dengan penduduk supaya menerima cadangan pihak kerajaan negeri tu.

Tapi, sebaliknya, kehadiran mereka hanya menimbulkan lagi kemarahan dihati penduduk setempat yang berkeras mahu padang tersebut dikekalkan.

Nah!!! Mungkin sebab itu la dia tolak khabar angin yang mengatakan bahawa dia bakal dicalonkan bagi kerusi Parlimen Kelana Jaya.

Katanya, penduduk dikawasan tersebut juga sudah muak dengan sikap Si Gwo Burne tu yang jarang tunjuk muka dalam kawasan Parlimen sendiri.

Mungkin sindrom malas turun padang ni dah menjadi Norma Pemimpin PKR kot. Sama la dengan yang berlaku di Kuantan. Jawatan diorang berebut, tapi buat kerja semuanya PEMALAS belaka!!! Kalau macam tu, baik tak payah jadi wakil rakyat!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping