Korang ingat tak cerita pasal akujanji yang pernah dibangkitkan oleh ADUN PAS di Selangor sebelum ni? Kalau korang tak ingat, klik kat sini dulu.
Hanya disebabkan sekeping kertas tu saja, habis seluruh Pakatan tu sekarang dah berkecamuk sesama sendiri. Dulu cerita bukan main hebat.
Konon katanya diorang memang cukup bersepakat dalam semua perkara. Nak pilih PM pun tak menjadi masalah. Tapi, nak buat akujanji pun tak boleh, menda kejadahnya!!!
Kalau setakat nak tandatangan perjanjian tu pun diorang tak mampu nak buat, macam mana pulak diorang nak memerintah Negara kelak? Memang jahanam la jawabnya!!!
Itu pasal la orang tua - tua selalu pesan. Jangan suka cakap besar. Nanti bila dah jadi macam ni, buat malu muka je weh!!! Songeh masing - masing!!!
Jadi, tak heran la kalau sampai hari ni diorang dicabar untuk buat kabinet bayang pun diorang banyak bagi alasan. Nak buat benda mudah pun jadi susah, inikan pulak nak senaraikan nama kabinet. Lagi diorang tak mampu!!!
AIDCNews – 15/06/12 – Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie tidak bersetuju dengan gesaan PAS supaya pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menandatangani ‘Perjanjian Pakatan’ sebelum menubuhkan kerajaan persekutuan, jika diberi mandat kelak, sebaliknya berpendapat langkah itu tidak perlu kerana semua komponen PR yang bersetuju untuk mematuhi Buku Jingga yang telah dipersetujui bersama pada tahun 2010.“Perjanjian apa? Saya tidak faham kerana di mesyuarat Majlis Presiden yang sudah dipersetujui, bersepakat perkara-perkara yang terlibat tentang dasar negara yang termaktub dalam Perlembagaan negara telah kita sepakati,” katanya ketika dihubungi Antarapos.Menurut Shuhami, semua pemimpin Pakatan terikat dengan polisi-polisi utama yang telah dipersetujui bersama demi mengurangkan isu kontroversi yang mungkin timbul akibat perbezaan pandangan dalam pentadbiran kelak.“Pakatan Rakyat terikat dengan persetujuan yang sudah kita tangani dua tahun dahulu dan itulah yang akan kita pertahankan.“Kita sepakat semua keputusan yang diambil adalah atas semangat bersama Pakatan dan kita akan mempertahankan juga apa yang tertakluk dan tercatat dalam perlembagaan itu menjadi asas dan tiada perubahan akan dilakukan,” katanya.Ketua Penerangan PKR Selangor itu mengulas cadangan dari YB Iskandar Abdul Samad, Yang Dipertua PAS Gombak yang juga salah seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor.
dalam komponen BN UMNOlah yang menjadi KETUAnya.MCA,MIC dan parti2 komponen lain berada dibawah UMNO.dalam komponen PR pula PAS nak jadi KETUAnya tapi PKR DAN DAP tak setuju kerana kalau PR menang nanti ahli PAS yang akan jadi PERDANA MENTERI.mereka[PKR dan DAP] semua nak pakai sistem PAT PAT NYA.SIAPA DAPAT DIA PUNYA[sendiri2].mereka[PKR dan DAP]pun mahukan ahli dari parti mereka jadi PERDANA MENTERI.
BalasPadam