Selasa, Jun 05, 2012


TERNYATA ketenangan yang diperolehi ketika berada di Mekah baru-baru ini tidak berpanjangan apabila kepulangannya disambut dengan kontroversi. 

Sebaik sahaja kaki mencecah ke bumi tercinta, namanya terpalit sebagai ‘orang ketiga’ yang hampir menyebabkan keruntuhan rumah tangga rakan selokasi, Adi Putra yang membuat keputusan untuk bercerai dengan isterinya hanya selepas dua hari pulang mengerjakan umrah.

Biarpun dia sudah menafikan perkara tersebut dan perkahwinan Adi Putra juga sudah kembali pulih, Nora Danish mengakui dirinya masih terkejut dengan kontroversi tersebut.

Pun begitu, sebagai insan yang lebih mengetahui kebenaran yang berlaku dalam kehidupannya, dia pasrah dengan setiap dugaan yang melanda.

Justeru wanita muda ini tidak mahu terlalu ambil pusing dengan gosip itu. Malah dia mengakui pemergiannya mengerjakan umrah telah memberikan satu ketenangan hakiki yang tidak mampu dijual beli.

Merupakan kali kedua melaksanakan ibadah umrah, menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif, dia memang sudah menyimpan niat untuk ke tanah suci Mekah setiap tahun.

Berkongsi pengalaman di sana menurut wanita berusia 30 tahun itu, pemergiannya kali ini agak berbeza daripada pengalaman kali pertama yang dilalui setahun yang lalu.

“Jika tahun lalu saya lebih banyak berdoa untuk kehidupan, kebahagiaan dan jodoh namun kali ini saya lebih banyak berserah kepada-Nya," katanya yang ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukan tidak mahu lagi memikirkan soal jodoh namun kata Nora, adalah lebih baik untuknya berserah kepada Yang Maha Esa kerana Dia lebih mengetahui yang terbaik buat hamba-Nya.

Sebagai duta syarikat Triways Hujjaj International Services Sdn. Bhd. (This), Nora turut memberitahu, sepanjang 13 hari di sana pada April lalu, dia sangat senang dengan para jemaah lain yang tidak lokek berkongsi ilmu denganya.

“Bukan tidak mahu memikirkan soal jodoh cuma bezanya kali ini saya lebih berserah. Dan sepanjang berada di sana juga saya banyak menghabiskan masa dengan jemaah yang dianggap saya seperti ibu sendiri. Selain beribadah saya juga berkongsi ilmu dengan mereka," katanya gembira.

Dihambat kontroversi

Mahu tidak mahu, dia percaya dunia yang dipilihnya tidak akan sesekali memberi ruang selesa untuknya terlepas daripada sebarang kontroversi.

Optimis dengan keadaan itu, Nora berkata, sudah lumrah dunia artis untuk dihambat gosip dan kontroversi. Namun tegasnya, selagi termampu dia akan terus bertahan dan menjelaskan keadaan sebenar kepada khalayak.

“Setiap kali ditanya (mengenai sesuatu kontroversi) saya akan terus menjawab perkara sebenar.

“Namun saya percaya perkara ini tidak akan pernah habis dan untuk itu saya sangat bersyukur dengan sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan keluarga serta rakan-rakan yang benar- benar mengenali saya," katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping