MEREKA dilihat sebagai sebuah grup yang memiliki identiti sendiri baik dari segi penampilan mahupun genre muzik yang dimainkan.
Setiap kali muncul di atas pentas, One Nation Emcees (ONE) tidak perlu menunggu lama untuk menggamit peminat untuk menyaksikan persembahan mereka.
Seringkali tampil dengan persembahan bertenaga dan energetik lantas meletakkan kedudukan ONE dalam liga tersendiri.
Sebetulnya, ONE mula menarik perhatian ramai sejak mereka menjuarai pertandingan realiti, Gang Starz musim kedua pada tahun 2008.
Bermula detik itu, kumpulan yang dianggotai tiga anak seni berjiwa besar ini tidak menoleh ke belakang lagi.
Langkah diatur dengan kemas demi mencapai matlamat serta cita-cita mereka untuk terus kukuh dan gemilang di persada seni.
Dalam pada mereka gigih untuk membina nama dan reputasi, ada pula kata-kata sinis yang mengatakan ONE tidak konsisten dalam pergerakan graf populariti mereka.
Sering dilihat tenggelam timbul dan tidak kurang pula ada yang menganggap ONE tidak ubah seperti melukut di tepi gantang di mana kehadiran mereka tidak memberikan sebarang impak.
Walhal ONE memiliki kehebatan tersendiri yang tidak ada mana-mana grup lain yang dapat membantu mereka untuk berdiri teguh dan kekal di puncak.
Apakah ia ada kaitan dengan sikap degil dan keras hati mereka yang enggan terikat dengan mana-mana syarikat rakaman yang dapat membantu melancarkan lagi kerjaya seni mereka?
Menjawab soalan itu, ONE yang dianggotai Shamimi Amalina Norhisham atau Mimi, Mohd. Norzaidi Edris (Zydee) dan Nur Hasan Baias (Jojofly) ternyata mempunyai pendirian sendiri.
Tolak lamaran
Mengakui pernah dilamar beberapa kali oleh syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa selepas menjuarai Gang Starz namun ia langsung tidak membuka pintu hati kumpulan yang popular dengan lagu Apa Ku Kisah ini untuk menerima lamaran tersebut.
Begitu juga sewaktu mereka popular dengan lagu Raja Gelek, masih lagi ada syarikat yang mahu menawarkan peluang untuk mereka tetapi ONE tetap dengan keputusan mereka.
“Kami selesa bergerak dan mengikut rentak sendiri dalam menentukan hala tuju dalam bidang ini.
“Seperti yang diketahui, ada kalanya apabila terikat dengan mana-mana syarikat rakaman, kreativiti itu disekat dan kami kurang selesa seandainya ia berlaku.
“Sejak dari awal penubuhan grup ini, kami memang sepakat untuk menentukan sendiri arah tuju muzik yang kami mahukan.
“Mungkin ada yang beranggapan kami ini bongkak, angkuh dan hebat tetapi ini perjuangan kami. Populariti bukan agenda utama sebaliknya kualiti muzik yang menjadi kepentingan buat kami," jelas Mimi panjang lebar mewakili teman-temannya usai sesi fotografi yang berlangsung di ibu pejabat Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.