Fuh!!! Nampak gayanya, makin jahanam la puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Tadi, sahabat Semut dedahkan pasal Cikgu Mala nak masuk UMNO.
Kali ini, ada lagi 20 orang ahli dari Dewan Undangan Dengkil pulak bertindak keluar parti kerana kecewa kena kencing dek parti masing - masing.
Seperti kata seorang pembaca blog Semut tadi, kenapa pulak diorang ni sibuk nak masuk UMNO? Bukan ke sekarang ni orang sibuk keluar?
Itu soalan, korang sendiri boleh jawab. Tak perlu Semut nak jelaskan kat sini. Satu je jawapan yang sebenarnya. Diorang keluar sebab puak - puak Pakatan tu Kaki Kencing!!!
Diorang setakat tau tabur janji kosong je. Tapi bila tiba bab perlaksanaan, semuanya hampeh belaka!!! Semuanya banyak beralasan. Diorang buat kerja pun demi untuk dapat sokongan dan undi rakyat. Bukannya diorang nak bantu rakyat sangat pun!!!
DENGKIL - Seramai 20 anggota Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Kampung Datuk Abu Bakar Baginda dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan pakatan pembangkang.
Mereka kesal kerana termakan janji-janji manis yang ditabur pembangkang pada pilihan raya 2008 selepas melihat pakatan itu tidak membawa apa-apa pembangunan di negeri Selangor.
Selain itu, keyakinan terhadap corak pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dan sentiasa membela nasib rakyat menyebabkan mereka menyertai UMNO.
Bekas ahli Pas, Akhiah Samidin, 57, berkata sewaktu berkempen pada pilihan raya umum ke-12, pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang hanya pandai menabur janji dengan manifesto untuk memperdaya pengundi dan tidak pernah menunaikannya untuk penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda.
"Kami menyertai UMNO secara sukarela selepas menyedari Pakatan Rakyat tidak mempunyai hala tuju jelas untuk membela nasib rakyat.
Kami sudah sedar, kami akan memujuk rakan-rakan lain kembali ke pangkuan UMNO demi masa depan anak-anak kerana hanya BN akan menjamin masa depan generasi muda," katanya kepada pemberita di sini.
Seramai 20 orang bekas-bekas ahli Pas dan PKR menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil, Datuk Marsum Paing. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.