Khamis, Jun 21, 2012


JAUH sebelum kita mengenali siapa Neelofa dan Anzalna, para peminat filem di negara ini terlebih dahulu ‘dihidangkan’ dengan lakonan mantap Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak dua kali, Erra Fazira.

Meniti perjalanan selama 19 tahun bergelar selebriti, banyak mengajar wanita gigih ini untuk menghormati apa yang dimilikinya.

Melihat kemunculan para pelapisnya Erra mengakui, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dia berkongsi pengalaman memandangkan perbezaan zaman dan cabaran. 

Walaupun begitu bagi Erra kematangan seseorang itu mampu mengubah cara seseorang artis itu melihat dunia penuh pancaroba ini.

“Saya akui pada waktu saya tiada laman sesawang, jadi ia agak terbatas untuk bertindak lebih berani.

“Tetapi seharusnya sebagai seorang artis, mereka patut tahu bidang mereka ini akan sentiasa mengundang perhatian. 

Dan untuk itu menjadi tanggungjawab bagi mereka semua untuk mempamerkan sikap professional dan karisma sebagai seorang artis," katanya ketika ditemui di majlis pratonton telemovie Parut Asyikin di Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Percaya niat mampu mengubah cara seseorang artis itu mengemudi kariernya bagi Erra, gelaran selebriti tidak datang dengan mudah. Oleh itu menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaganya dengan baik.

“Niat saya berada di dalam bidang ini dahulu adalah untuk mencari wang dan untuk itu saya tahu saya akan bekerja kuat menjaga periuk nasi saya.

“Mungkin apa yang boleh saya katakan adalah untuk berfikir sebelum membuat apa-apa. Ini kerana setiap tindakan akan datang dengan kesannya sendiri," katanya lembut.

Berharap agar pendatang baru lebih berhati-hati dengan setiap tindakan, bagi Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 37, dia sangat gembira dengan perjalanan bidang seninya selama ini yang disifatkan sebagai sangat bertuah.

“Saya mendapat bimbingan Datuk Yusof Haslam semasa masuk ke dalam dunia lakonan malah melalui perkongsian pengalaman dengan rakan artis yang sudah berpengalaman banyak mengajar saya untuk melalui dunia hiburan waktu itu.

“Dan saya sebenarnya sangat bertuah untuk setiap rentetan yang berlaku di sepanjang perjalanan saya," katanya tersenyum.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping