Sabtu, Jun 23, 2012


Selama ini, kita ingatkan akhbar Cina menjadi medium utama puak - puak DAPigs menyebarkan doktrin mereka kepada masyarakat Cina. Tetapi, tidak semua.

Jika benar sekali pun, hanya beberapa isu sahaja yang akan dibangkitkan oleh mereka didalam akhbar terbabit sahaja. Kalau tidak, kenapa DAPigs buat akhbar Roketkini?

Jelas, tidak semua masyarakat Cina menyokong apa yang dibuat oleh puak - puak DAPigs ni. Sebahagian besar dari mereka jelas tak bersetuju dengan DAPigs.

Maka sebab itulah artikel berikut dipaparkan dalam akhbar berbahasa Cina dengan menyebut nama pemimpin DAPigs tersebut. Tidakkah tindakan ini dianggap sebagai satu langkah membogelkan pemimpin berkenaan? Korang fikir la sendiri!!!
AKHBAR China Press bertarikh 15 Jun 2012 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai pula memaparkan tulisan Koh Kok Wei berkenaan cubaan mengguling kerajaan.

Di dalam dunia ini, orang yang memegang kuasa akan gelabah jika rakyat memberontak kerana mereka paling takut rakyat mahu menggulingkan kerajaan. 
Jika mahu menggulingkan sesebuah kerajaan, rakyat perlu ada senjata tetapi jika rakyat tiada senjata, apa yang boleh dibuat? 

Ada satu bidalan Cina, ‘memberontak boleh menggunakan anak panah dan tombak, susun kubu bentengkan manusia hidup’, seperti apa yang berlaku pada zaman Dinasti Xi Huangdi.

Apa yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz katakan baru-baru ini, tidak perlu gunakan senjata, hanya garam dan air mineral sudah boleh menggulingkan kerajaan. Bagaimanakah caranya?

Apabila pemimpin DAP, Lim Kit Siang di Dewan Rakyat mahu pihak kerajaan menunjukkan bukti kerana menuduh Bersih 3.0 mahu menggulingkan kerajaan dan menyatakan peserta hanya bawa botol air mineral, bolehkah rakyat gulingkan kerajaan? 

Soalan yang diajukan oleh Kit Siang ini tidak salah tetapi beliau tersilap orang kerana Mohamed Nazri sudah terkenal dengan kedegilannya.

Mohamed Nazri berkata, cara perhimpunan 28 April itu sama seperti apa yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya, berniat mahu gulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

“Di Asia Barat, hanya gunakan telefon bimbit sudah boleh gulingkan kerajaan mereka. Sebab itu kita jangan sesekali memperkecilkan botol air mineral! 

Jika rakyat tidak sokong kerajaan, dengan botol air mineral juga boleh menumbangkan sebuah kerajaan," kata Mohamed Nazri.

Cerita ini boleh buat semua orang rasa lucu, bolehkah kita menggulingkan kerajaan dengan botol air mineral sahaja? 

Jika kita fikir dan halusinya, kata-kata Mohamed Nazri itu tidak salah. Fakta utama apa yang beliau sebut itu, hanya dengan botol air mineral juga rakyat boleh tumbangkan kerajaan; ini bermakna jika rakyat sudah tidak lagi beri sokongan kepada kerajaan.

Memang benar, jika rakyat tidak lagi sokong, kita tolak dengan sebelah tangan pun sudah boleh menumbangkan kerajaan. 

Jika sebuah kerajaan itu kehilangan sokongan rakyat, kerajaan itu tetap akan tumbang dengan sendirinya. Kenapa masih perlu menggunakan garam ataupun botol air mineral lagi?
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping