Bila baca cerita kat bawah ni, Semut teringat pulak cerita pasal peserta Perhimpunan Bersih 3.0 yang dibayar hari tu. Padahal, orang suruh datang duduk je.
Tu pun diorang mintak dibayar jugak? Bukan sikit - sikit pulak tu. Sorang dengar kata dibayar RM 200. Ada jugak yang dibayar RM 300.
Jadi, mungkin sebab tu la artis senior ni pun mintak benda yang sama kot. Dah Pembangkang pun boleh bayar, takkan la penganjur program lain tak boleh bayar kot!!! Hahaha....
KEHADIRAN ramai muka baru di dalam industri tanah air bukanlah perkara asing, kerap kali kita mendengar mereka membawa masalah bukan saja dari segi disiplin malah ada yang sudah pandai ‘demand’ apabila dipanggil untuk menjayakan sesuatu acara.
Berbeza pula dengan berita yang SS dengar sendiri, seorang pelakon wanita senior meminta ‘token’ atau bayaran ketika dipanggil menjayakan majlis minum petang amal sempena meraikan artis veteran yang diadakan, baru-baru ini.
Selama ini, SS tidak pernah mendengar pula dia adalah seorang yang ‘demand’ namun apabila kejadian berlaku di depan mata, terasa lucu dan tidak masuk akal pun ada juga.
Masakan tidak, dia hanya dijemput untuk sekadar memeriahkan suasana dan duduk saja sebagai tetamu undangan sambil diberi makanan dan minuman percuma tetapi meminta dibayar dengan alasan ini Malaysia bukan negara Hollywood di mana artis mereka kaya-raya.
Tidak SS nafikan kata-katanya ada benar juga tidak semua artis di Malaysia kaya, tetapi bayaran yang diminta biarlah kena pada suasana dan acara, jika dijemput sekadar datang untuk duduk saja sudah ‘meminta’ tidak mustahil selepas ini dia sanggup meminta bayaran tinggi bagi menjayakan pelancaran drama yang dilakonkannya.
Silap hari bulan, mana-mana pihak selepas ini akan menjadi takut untuk menjemput pelakon berkenaan hadir keramaian ke majlis yang mereka anjurkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.