Khamis, Jun 14, 2012


Ya!!! Itulah hakikat sebenarnya. Semua orang dalam Malaysia ni dah masuk ke dalam perangkap Pak Berahim dalam isu berkaitan dengan Haji ni.

Tiada siapa pun yang menyangka bahawa apa yang dibuat oleh Pak Berahim tu sebenarnya hanya satu helah untuk memancing orang sahaja.

Pertama sekali, dia cuba nak pancing PM agar mengumumkan tarikh Pilihan Raya. Maka sebab itu dia cuba bangkitkan isu pasal musim Haji.

Kalau PM seorang yang cepat melatah, dah tentu beliau akan umumkan tarikh tersebut. Tetapi, sebaliknya, PM kita ni seorang yang 'Super Cool'. Beliau tak melatah.

Jadi, Pak Berahim ni cuba pulak bangkitkan kemarahan orang dan menyalahkan PM sebab tak umumkan tarikh tersebut untuk menutup aibnya.

Bila orang mula bising dan mempertikaikan perkara tersebut, maka berjaya la Pak Berahim dengan agendanya yang kedua iaitu membuatkan rakyat marah.

Namun, tindakan ini juga ada kelemahannya. Kalau kata Pilihan Raya bukan pada musim Haji, mereka yang tak pergi tu akan marah balik pada PAS.

Sebab dek kerana PAS la diorang terlepas peluang untuk pergi menunaikan rukun Islam kelima tu di Mekah. Nak tunggu peluang lepas ni, entah bila pulak.

Masa tu nanti, Pak Berahim akan balik salahkan pihak Kerajaan kerana menyekat jemaah ini dari pergi menunaikan Haji. Mereka guna pulak kesempatan ni untuk kata Kerajaan Zalim.

Maka, pada ketika itu, mereka akan buat desakan demi desakan supaya jemaah yang tertinggal ini tadi boleh pergi naik Haji tahun depan. Kan bijak perangkap Pak Berahim ni?

Tapi, sepandai - pandai tupai melompat, dia tak masuk jugak ke Olimpik. Sebijak - bijak Pak Berahim ni, dia takkan dapat jejak ke Parlimen. Mana tidaknya. Dah kerja dia menipu je. Nak jadi Ahli Parlimen menda jadahnya kalau macam tu!!!
BAGAN DATOH - "Tanggunglah risiko jika terpaksa menunggu lama selepas ini." Itu peringatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada jemaah haji yang menolak tawaran ke Makkah semata-mata kerana mahu  mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Zahid berkata, jemaah haji tahun ini yang menolak tawaran ada kemungkinan tidak akan mendapat tawaran untuk menunaikan haji semula pada tahun hadapan kerana kuota   haji telah ditetapkan setiap tahun dan mereka yang menolak perlu menunggu giliran seterusnya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping