Jumaat, Jun 15, 2012


Haduhai!!! Pelik jugak Semut dengan sesetengah pemimpin Politik ni. Dah lama dalam bidang ni pun masih jugak tak kenal siapa dia pihak lawan mereka.

PAS dah 50 tahun lebih ditubuhkan. Selama itu, diorang mana pernah utamakan soal ibadah dalam perjuangan mereka. Pergi dengar ceramah diorang pun cukup la.

Bukannya ada pengisian mengenai soal ibadah, akidah, kitab dan sebagainya. Isi ceramah semuanya mengutuk orang belaka. Mana ada cerita lain.

Kalau dulu, boleh la kita kata PAS ni memperjuangkan agama. Itu pun tak ramai. Hanya segelintir sahaja yang buat kerja tu. Yang lain, Hapah pun tarak!!!

Hakikatnya, mereka tetap mengejar dunia dan kuasa semata - mata. Bukannya diorang ada tujuan lain. PAS tubuh pun sebagai parti Politik, jadi memang itu la tujuannya.

Sedangkan perjuangan menubuhkan Negara Islam pun diorang boleh gugurkan begitu sahaja, inikan pulak soal nak memperjuangkan ibadah.

Soal akidah umat Islam pun diorang sanggup diorang tolak ke tepi. Apatah lagi soal nak menunaikan rukun Islam yang kelima. Bagi mereka, itu satu isu yang remeh.

Bagi mereka, manusia ni boleh hidup seribu tahun asalkan manusia tu menyokong PAS. Jadi, ada la masa untuk diorang beramal dan beribadah.

Kalau setakat tinggal solat semata - mata nak pergi dengar ceramah Politik, tu bukannya satu masalah besar. Solat boleh ganti. Inikan pulak nak menunaikan haji. 

Kalau tak boleh pegi tahun ni, pergi tahun depan. Apa nak susah, ye tak? Itu pun kalau umur panjang. Kalau tidak, suruh je anak - anak diorang yang buat. Lagi senang.

Jadi, apa nak heran dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Dah memang mentaliti diorang macam tu, kita nak buat macam mana. Dah nama pun Parti Ajaran Sesat, kalau dah Sesat tu, Sesat la jugak!!!
BAGAN DATOH - Rakyat yang sepatutnya menunaikan haji tahun ini dinasihati mengutamakan tumpuan menjalani ibadat itu dan tidak menangguhkannya semata-mata kerana Pilihan Raya Umum Ke-13. 
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia berikutan giliran menunaikan haji yang diterima tahun ini tidak boleh diganti secara automatik kerana ia akan ‘merampas’ peluang jemaah lain mengerjakan ibadah tersebut di Tanah Suci tahun depan. 
Katanya, setiap negara Islam hanya diberi kuota 0.1 peratus daripada jumlah penduduk Islam di negara berkenaan untuk mengerjakan haji. 
“Ini bermakna, sesiapa yang mendaftar pada tahun ini hanya boleh menunaikan haji pada 2030. Dalam perkara ini, jangan utamakan politik sehingga mengetepikan agama. 
“Jangan bercakap soal hukum sahaja bahawa haji itu boleh ditangguhkan dalam keadaan darurat tetapi dari segi politik, mereka takut kehilangan undi di kalangan jemaah bagi parti mereka," katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. PAS sudah berjaya diterbiah oleh DAP, sebab itu dema angguk saja. Gugurkan 'Negara Islam' pun diangguk saja. Guan Eng kot yang bagitau istilah tu takde dalam Quran, baru PAS sedar.

    Sekarang ni dok jaja pulak 'Negara Kebajikan'. Negeri Kebajikan takde ke? Sebab tu kot Nik Aziz buat tak peduli saja dengan kebajikan rakyat Kelantan.

    Ataupun mungkinkah 'kebajikan' ini dikhaskan untuk golongan tertentu saja, seperti pemimpin dan parti. Sebab tu rakyat yang kena bantu, kena derma. Kalau tidak? Tak masuk syurga lah jawabnya.

    Kena patuh fatwa tu! Tapi sebelum tu aku cadang kome baca sikit cerita2 mengenai PAS dan ulamarknya, sesuai dengan tajuk di atas, biar kenal sikit. Angguklah mana2 patut, tambah mana2 kurang.
    http://riziqin.blogspot.com/2012/06/ciri-ciri-parti-pas-syaitan.html

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping