Khamis, Jun 07, 2012


Ps: Membaca cerita dibawah ni mengingatkan kita pada kisah yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir dalam buku beliau yang bertajuk Doktor Umum tu.

Dalam buku tu ada diceritakan pasal sikap Si Ketua Penipu tu sewaktu dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu. Ianya disampaikan oleh Datuk Nalla kepada Tun.

Kata Datuk Nalla, Si Ketua Penipu tu pernah juga ditawarkan 4 orang 'Pelacur' dimana 1 daripada 4 orang tu telah 'terpilih'.

Keempat - empat orang 'Pelacur' tu pun pernah dibawa mengadap Tun sewaktu dia menjadi Perdana Menteri. Tapi, Tun susah nak percaya cakap mereka.

Tinggal lagi, sampai hari ini, Si Ketua Penipu tu kata nak saman Tun sebab mendedahkan kisah tersebut didalam bukunya. Tapi, tak de satu pun surat saman yang dibuat olehnya.

Persoalannya: Adakah benar dakwaan yang dibuat dan diceritakan oleh Tun didalam buku tersebut? Jika ianya tidak benar, kenapa Si Ketua Penipu tu tak ambik tindakan? Kenapa dia tak saman Tun Dr. Mahathir? Korang fikir la sendiri!!!
SINGAPURA 6 Jun - Bekas Pesuruhjaya Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), hari ini didakwa atas tuduhan menerima habuan seks dalam kes rasuah paling serius melibatkan pegawai kanan kerajaan dalam tempoh hampir 20 tahun.

Peter Lim Sin Pang (gambar), 52, dituduh atas 10 dakwaan melakukan seks dengan tiga wanita antara Mei 2010 hingga November 2011 di pelbagai lokasi antaranya di sebuah bilik hotel di Paris, di beberapa tempat letak kereta di Singapura dan pangsapuri-pangsapuri di Clementi dan Tanjong Rhu.

Dalam satu pertuduhan, beliau didakwa menerima layanan seks oral daripada Pengarah Pusat Radiasi Singapura, Lee Wei Hoon dan Pengurus Besar Nimrod Engineering, Pang Chor Mui.

Sin Pang turut dituduh melakukan hubungan seks sebanyak tujuh kali dengan Pengarah Pembangunan Perniagaan NCS Private Limited, Esther Goh Tok Mui. 
 
Menurut pendakwaan, sebagai habuan, beliau akan menganugerahkan tender kontrak berkaitan teknologi kepada syarikat ketiga-tiga wanita terbabit.

Sin Pang yang telah berkahwin, ditahan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Januari tahun ini dan dipecat daripada jawatannya pada bulan sama.

Beliau kini dibebaskan dengan ikat jamin sejumlah SG$10,000 (RM24,806) dan akan dihadapkan ke mahkamah semula pada 5 Julai ini.
Categories:

1 ulasan:

  1. Habuan sex... nenek kabayan reput buat apa... keretapi masuk pun boleh u-turn balik bro semut hitam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping