Isu pembinaan kilang memproses Nadir Bumi, Lynas yang diperjuangkan oleh Si Fuziah Thoron tu kini telah menjadi mimpi ngeri kepada PAS Berserah.
Hakikat itu memang dapat dilihat dengan jelas dimana mereka kini sudah semakin hilang sokongan dari kalangan masyarakat di sekitar Berserah dan Gebeng.
Kenyataan ini merujuk kepada jumlah hadirin yang menyertai Himpunan Hijau, Occupy Balok yang dianjurkan oleh puak - puak Anti Lynas baru - baru ini.
Menyedari hakikat bahawa masyarakat Melayu di Kuantan dan Indera Mahkota tidak menyokong gerakan tersebut, maka mereka menyerahkannya kepada PAS Berserah.
Tujuannya hanya satu iaitu menarik perhatian dan sokongan dari kalangan orang - orang Melayu yang ada disekitar kawasan tersebut.
Malangnya, tindakan mereka itu tidak berjaya kerana faktor dalaman yang tidak dapat dielakkan. Dari sumber yang Semut dengar, orang PAS Berserah agak kecewa.
Sebelum ini, mereka sibuk menaikkan nama Dr. Badaruddin, salah seorang Ketua Cawangan PAS untuk dijadikan calon dalam PRU akan datang.
Memandang Dr. Badaruddin yang juga merupakan Doktor Perubatan dan mempunyai Klinik di Berserah telah mengeluarkan sokongan kepada Lynas, maka namanya telah digugurkan.
Sebelum ini, umum tahu dengan satu cabang gerakan anti Lynas yang digelar dengan BADAR. Ianya diambil sempena nama Dr. Badaruddin itu sendiri.
Umum juga sedia maklum. Isu yang dibangkitkan oleh puak - puak Anti Lynas tu ialah mengenai kesihatan rakyat sekiranya kilang tersebut dibina.
Jadi, dengan kenyataan dari Dr. Badaruddin selaku seorang pengamal perubatan yang mengatakan kilang tersebut selamat dari segi kesihatan tidak dapat diterima oleh mereka.
Walau bagaimana pun, Si Fuziah Thoron yang baru balik dari bercuti dan makan angin di London menggunakan duit rakyat tu jelas sudah buntu.
Mahu atau tidak, dia terpaksa mengalih pandangan dan perhatian rakyat kepada beberapa pemimpin MCA yang mewakili majoriti suara masyarakat Cina di Kuantan.
Kononnya dia mendakwa pemimpin MCA ni tak pernah pulak nak bersuara dan membangkitkan isu Lynas ni sejak tahun 2008 hingga tahun 2011.
Mungkin SI Fuziah ni jugak terlupa yang PAS sendiri tidak pernah bersuara dalam membangkitkan isu ini sejak tahun 2009 hingga tahun 2011 selepas Tsunami melanda Jepun.
Jelas sangat Si Fuziah ni cuba untuk memesongkan fakta dan melupakan tindakan yang dilakukan oleh PAS sebelum ini?
Adakah Si Fuziah ni bertindak untuk memalukan PAS? Jika itulah tujuannya, maka memang betul la. Perjuangan Si Fuziah ni hanya merugikan PAS sahaja!!!
Nampak sangat yang dia juga takut kehilangan sokongan dari kalangan masyarakat Cina. Mana tidaknya. Sudah la dia tak dapat sokongan orang Melayu. Kalau hilang sokongan Cina, memang masak la jawabnya!!! Jahanam la masa depan dia nak jadi wakil rakyat!!!
sopiankasim@ymail.com
BalasPadamhelangbuana@ymail.com
BalasPadamFauziah memang x reti bahasa
BalasPadamHanya mencari isu sahaja,
asalkan dia menang pilihanraya
Menipu/membohong dia kata TA APA.
Kuantan x heran pun dengan Fauziah
Pembangunan yang ada bukan kerja dia
tengok MP macam ni naik menyampah
Mengapalah dulu orang undi dia.