Berakhir sudah saingan kumpulan D malam ini dengan menyaksikan perlawanan diantara England dan Perancis serta Ukraine menentang Sweden.
Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, England hanya mampu mengekalkan kedudukan seri apabila mereka turun menentang Perancis 1 - 1.
Namun, kejutan tuan rumah, Ukraine juga berjaya mengatasi Sweden walaupun ketinggalan 1 - 0 diawal minit ke 52 hasil jaringan Ibrahimovic.
Mungkin hasil sorakan yang tanpa henti dari penyokong tuan rumah memberikan semangat kepada skuad Ukraine untuk menyamakan kedudukan 3minit selepas jaringan tersebut.
Hasil jaringan Shevchenco pada minit ke 55 terus membangkitkan jentera serangan Ukraine sehingga dapat mendahului 2-1 beberapa minit kemudian.
Peluang daripada hasil sepakan sudut tidak disia - siakan oleh Shervchenco untuk meletakkan Ukraine ditangga teratas kumpulan D.
Tahniah buat skuad Ukraine.... memag hebat.
BalasPadam