Ini satu berita yang agak lewat Semut dedahkan kepada korang. Bukan sebab tak ambik tau, tapi faktanya masih belum jelas.
Sekarang, baru la Semut faham mengenai masalah keluarga India dari Cameron Highland ni. Diorang ni sebenarnya telah diracuni fikirannya oleh pihak tertentu.
Perkara tersebut jelas tatkala dihari berlakunya insiden depan Pejabat MB Pahang tu turut kelihatan beberapa orang aktivis Anti Lynas yang jelas menonjol.
Persoalan yang timbul ialah kenapa mereka pun turut serta sedangkan mereka bukan warga Cameron Highland dan tak terlibat lansung dalam isu yang dibangkitkan?
Adakah diorang tu saudara mara kepada 7 keluarga yang terlibat? Rasanya, tak de kaitan lansung. Datang pun sekadar nak bakar 'line' je.
Nampak sangat niat diorang tu hanya nak memburuk - burukkan imej MB Pahang dikalangan masyarakat India sebab orang India ramai yang sokong MB Pahang.
Perkara tu memang tak dapat dinafikan. Jadi, satu tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Dan cara paling mudah ialah dengan memanipulasikan isu ini.
Hakikatnya, MB Pahang sudah pun berjumpa dengan 7 keluarga tersebut pada bulan April yang lalu. Dalam pertemuan tersebut, masalah mereka telah pun didengari oleh MB Pahang.
Soal penempatan mereka dan juga TOL tidak lansung timbul kerana kawasan yang mereka duduki bukan diatas bidang kuasa Negeri. Sebaliknya tanah tersebut milik JKR.
JKR telah menumpangkan keluarga tersebut diatas tanah mereka untuk mereka membina rumah. Tetapi keluarga tersebut melangkaui kemurahan hati pihak JKR.
Mereka buat kebun, kedai dan sebagainya diatas tanah tersebut. Jadi, bagaimana mungkin pihak Pejabat Tanah nak luluskan permohonan TOL kepada mereka?
Maka, pihak Kerajaan Negeri akan cuba selesaikan masalah mereka dengan mencari kawasan baru untuk mereka buat rumah, berkebun dan sebagainya.
Perkara tersebut juga telah pun dijelaskan kepada Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dalam satu perjumpaan yang diadakan bersama MB Pahang baru - baru ini.
Tetapi, perkara ini tidak dijelaskan oleh laman portal Merosakini dan seterusnya mengukuhkan lagi dakwaan yang pemikiran mereka telah diracuni oleh pihak tertentu.
Katanya, setiap orang yang datang telah diberikan upah. Mungkin sebab itulah mereka datang bawak anak - anak sekali. Kalau sorang dibagi RM 50, 4 orang dah RM 200.
Malah kenderaan yang diorang naiki dari Cameron Highland tu pun turut ditaja. Jika tidak, macam mana diorang boleh datang naik bas sewa?
Jelas memang ada pihak - pihak tertentu yang rasa tergugat dengan keprihatinan MB Pahang terhadap nasib masyarakat India. Tapi nak buat macam mana ye tak. Yang diorang tau, buat masalah je!!! Tapi bila suruh selesaikan, diorang bukannya reti buat pun!!!
Rm50 bukan bernilai sangat sekarang. hampeh!
BalasPadamSalam ,
Mr J
www.pengeRindu.com