Orang yang keluarkan desakan dibawah ni nampak gayanya memang tak kenal lansung dengan perangai buruk Si Ketua Penipu tu.
Walaupun orang yang mendesak tu seorang bekas pejuang Reformis yang dulunya menyokong penuh Si Ketua Penipu tu, tapi dia sikit pun tak kenal dengan Si Ketua Penipu ni.
Hakikatnya, desakan dia tu umpama Anjing menyalak bukit je. Bukannya ada faedah pun nak didesak Si Ketua Penipu tu menjadi seorang tukang cuci.
Ada ke Si Ramlan ni nak suruh Si Ketua Penipu tu jadi Tukang Cuci. Mana maunya Si Ketua Penipu tu. Dia cuma nak jadi Perdana Menteri je.
Setakat jadi Tukang Cuci ni, Apa Kelas beb!!! Tu suruh orang lain la buat. Dia peduli apa dengan nama baik orang lain. Sedangkan nama dia sendiri pun dia biar buruk macam tu, ini kan pulak dia nak bersihkan nama orang pulak!!!
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak supaya tampil membuat kenyataan bagi membersihkan nama Zaliah Zakaria yang dikaitkan dengan isu pemilikan akaun RM3 bilion oleh Ketua Pembangkang itu.
Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, tindakan itu wajar dilakukan Anwar sebagai membuktikan beliau seorang pemimpin yang bertanggungjawab selain mengamalkan sikap berintegriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam kepimpinannya.
''Anwar kena bertanggungjawab kerana ia melibatkan maruah dan moral seorang wanita sehingga dipandang negatif oleh rakyat.
''Sebagai pemimpin berjiwa besar, beliau tidak boleh berdiam diri, jika tidak, soal ketelusan dan keadilan yang diuar-uarkan hanya manis di bibir kerana isu sekecil ini pun tidak mampu dijawab,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ramlan berkata, rakyat sepatutnya telah boleh menilai sendiri sikap Anwar yang tidak berani menjawab pelbagai isu membabitkan beliau.
''Bagaimana rakyat boleh menaruh harapan kepada pemimpin seperti ini jika tidak berani bertanggungjawab,'' soalnya.
Timbalan Presiden Gabungan NGO Malaysia, Datin Reny Rahayu Mohd. Ishak pula berkata, penjelasan Anwar berhubung perkara itu penting supaya rakyat tidak keliru dengan pelbagai dakwaan yang ditimbulkan.
''Kita minta Anwar jangan berselindung dengan sandiwara, rakyat sudah muak apatah lagi ia membabitkan maruah orang lain.
''Jika benar beliau tidak bersalah, apa salahnya tampil buat kenyataan kerana rakyat juga mahukan kebenaran,'' katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.