Sabtu, Julai 07, 2012


Baru - baru ni timbul satu kisah yang hangat berkaitan dengan minah ni. Tapi, dia bukan la hilang sebab kena culik atau tak pulang rumah. Tinggal lagi, dia lari dari media.

Tapi betul ke dia cuba mengelakkan diri dari wartawan dan enggan bertemu media? Betul ke dakwaan yang disiarkan didalam beberapa blog mengenai dia baru - baru ini? Nah!!! Mungkin artikel dibawah ni boleh jawab. Jangan tak berjawab lansung sudah!!!
Kalau sudah namanya perempuan, tak akan dapat lari daripada dugaan dan cabaran kehidupan yang bertalu-talu mendatang.

Kelihatannya kehidupan pelakon Norish Karman begitu sarat dengan pelbagai kisah yang menjadi tanda tanya sejak kebelakangan ini.

Selepas dikaitkan dengan kontroversi perceraian, percintaan dengan 'anak muda' sehinggalah cerita melahirkan anak secara rahsia di sebuah hospital, bertalu-talu menerjah. Terkini, khabarnya ibu pelakon ini sedang tenat di Singapura, sekitar tiga minggu lalu.

Sebab itu Norish sukar dikesan untuk mendapatkan kenyataan terkini tentang kontroversi dirinya, pulang ke Singapura rupa-rupanya.

"Norish tak lari. Dia bukan mengelak diri daripada wartawan. Sebenarnya banyak kejadian berlaku dan dia perlu ambil masa untuk tampil dan bertemu dengan media. Baru-baru ini dia pulang ke Singapura untuk menjaga ibunya yang tidak sihat di sana.

"Lagipun tawaran berlakon semakin menjadi-jadi, itu sebab sebenarnya Norish tidak muncul di media. Dia bukan sembunyi tetapi sampai masanya dia akan muncul juga kerana dia memang memerlukan media bagi mempromosikan album nyanyiannya," kata satu sumber kepada Hits.

Hmmmm, begitu kaedahnya. Setahu kami, Norish memanglah perempuan bersemangat kental dan waja, takkan mengalah dengan hinaan dan kejian orang.

Apa yang lebih penting, dia masih meneruskan kerjaya seni dengan aktif, sana sini persembahan pentas dan sesekali mengacara. Tawaran berlakon juga tidak putus-putus buat dirinya.

Cuma, sementelah orang dok kecoh tentang isu kononnya dia bersalin baru-baru ini dan gambar itu sudah tersebar merata-rata alam, eloklah Norish muncul dan bercerita tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Kalau betul bayi bernama Alaxander Abdullah itu anaknya sendiri, mengaku sajalah. Kalau sebaliknya, tentu ada satu cerita yang hendak dikongsikan dengan orang ramai. Kita sama-sama tunggu sajalah bila masa dia bersedia untuk cerita.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping