Adus!!! Macam mana pulak tak menjadi ni? Baru harap nak tengok Pahang masuk ke peringkat akhir dalam acara Bolasepak. Sekali dah kalah la pulak.
Tapi tak pe. Kalah menang adat la dalam pertandingan. Bila kalah kena akui yang lawan kita tu lebih baik dari kita.
Sekurang - kurangnya, jangan jadi 'sore loser' dengan menyalahkan orang lain macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Bila dah kalah, mula meroyan tak tentu arah!!! Buat pasukan Pahang, teruskan usaha. Gandakan latihan dan buat yang terbaik dimasa depan!!!
KUANTAN - Bagaikan hukum karma, kali ini giliran Wilayah Persekutuan mengecewakan juara bertahan, Terengganu melalui penentuan tendangan penalti 5-4 setelah terikat 2-2 sehingga masa tambahan bagi menempah tiket ke separuh akhir acara bola sepak, semalam.
Seperti satu kebetulan, hajat Wilayah Persekutuan untuk melunaskan dendam mereka turut tertunai selepas tunduk kepada Terengganu pada peringkat separuh akhir di Melaka, dua tahun lalu, juga dengan angka jaringan penalti 5-4.
Mohd. Helmi Mohd. Rafi muncul wira pasukannya apabila menjaringkan gol pada sepakan penalti terakhir selepas penjaga gol Wilayah Persekutuan, Muhammad Syahmi Ramli bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan Mohamad Hasrol Syawal Ash'ari.
Penyerang Wilayah, Syazuan Hazani meletakkan pasukannya mendahului 2-0 pada separuh masa pertama dengan jaringan pada minit ke-3 dan 30.
Bagaimanapun, kedudukan itu langsung tidak membunuh semangat perjuangan Terengganu yang bangkit pada separuh masa kedua.
Mohd. Faidzol Hazren memanfaatkan kelonggaran pertahanan Kuala Lumpur pada minit ke-59 untuk menanduk masuk gol pertama Terengganu berpunca daripada situasi sepakan sudut.
Ketika terdesak mencari gol kedua, malang buat Terengganu terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Wan Muhammad Firdaus Wan Demi dilayangkan kad merah.
Ketua pasukan, Muhammad Fakhrurazi Musa menyelamatkan sisa-sisa perjuangan skuad Penyu dengan jaringan penyamaan pada masa kecederaan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan sebelum pemenang ditentukan melalui penentuan sepakan penalti.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.