BIDIKAN penembak wanita Pahang, Aina Zahiran jelas sekali menjadi igauan barisan pencabarnya pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 Pahang.
Selepas meraih pingat emas bagi acara 50 meter 3 posisi wanita individu dan berpasukan wanita kelmarin, Aina sekali lagi menggegar Lapang Sasar Kompleks Sukan Pahang (Sukpa).
Semalam, dia membidik dua lagi pingat emas buat Pahang menerusi acara 50m Rifle Prone individu dan berpasukan.
Dalam acara individu, Aina menewaskan Nur Syahirah Zulkifli dari Selangor dan Siti Najwa Rashid (Wilayah Persekutuan) dengan pungutan 590 mata.
Nur Syahirah berada di tempat kedua dengan pungutan 587 mata, manakala Siti Najwa di tempat ketiga dengan 585 mata.
"Saya sangat gembira kerana dapat menyumbangkan pingat emas keempat untuk Pahang. Saya harap dapat menjulang kejuaraan dalam acara 10m Air Rifle Wanita pada Khamis ini (esok).
"Akibat kesilapan kecil ketika beraksi tadi (semalam), saya kecewa tidak dapat memecahkan rekod kebangsaan milik Nur Suryani (Mohd. Taibi) yang mengutip 596 mata," kata Aina semalam.
Bagi acara berpasukan, Aina dan dua lagi rakan sepasukannya, Nurul Izzatie Roslan dan Nur Afifah Tarmizy dinobatkan sebagai pemenang pingat emas selepas mengetepikan trio Terengganu dan Negeri Sembilan dengan pungutan 1,755 mata.
Pasukan Terengganu di tempat kedua menerusi gandingan Syarifah Aesyah Kamilah Syed Ahmad, Athirah Hamzah dan Nurul Izzati Ali yang mengumpul 1,729 mata.
Trio Negeri Sembilan iaitu Nurul Hazwani Mazlan, Siti Normadhati Mahadi dan Nieti Nazieza Mohd Nazar berada di tempat ketiga dengan bidikan 1,724 mata.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.