Ahad, Julai 01, 2012


Rakyat di sekitar Kuantan sudah tentu sedia maklum dengan keadaan ini dimana puak - puak Gerakan Anti Lynas yang dikepalai Si Fuziah Thoron tu hanya tau bercakap.

Diorang jelas tak buat pun kerja lain selain bercakap tak tentu arah tanpa sebarang bukti yang kukuh berdasarkan dakwaan semata - mata.

Sepatutnya, sebagai seorang wakil rakyat, dia turut sama - sama membantu membangunkan ekonomi rakyat dikawasan Parlimennya sendiri.

Tapi, malangnya, dia hanya pandai meletakkan beban dibahu orang lain dan melepas tangan je. Kerja yang dia buat dok menipu orang je kerjanya. Lepas tu dok kutip derma sana sini.

Yang herannya, duit derma tu tak tau la pergi ke mana pulak. Mungkin buat sara dia bercuti ke luar Negara kot. Kalau alasan nak buat bayar kos guaman tak logik lansung. Takkan la peguam yang mewakili parti dia sendiri pun nak berkira!!! Kata nak berjuang untuk rakyat!!!
KUANTAN - Seramai 500 usahawan di daerah ini berpeluang menjalankan perniagaan di beberapa lokasi strategik termasuk di kawasan penginapan atlet dan venue kejohanan sempena temasya Sukan Malaysia (Sukma) Pahang 2012 yang akan berlangsung mulai 7 hingga 16 Julai depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Muhamad berkata, bagaimanapun semua peniaga berkenaan diingatkan supaya menjual produk berkualiti, selain mematuhi segala peraturan ditetapkan.

Menurut beliau, peniaga berkenaan dikenal pasti melalui beberapa agensi termasuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

''Ini peluang kepada peniaga terbabit menambahkan pendapatan mereka. Bagaimanapun, para peniaga tidak boleh mengambil kesempatan ke atas pelanggan, malah perlu menyediakan produk yang baik.

"Semua produk terutama makanan mestilah dalam keadaan baik dan harga ditawarkan juga mestilah berpatutan supaya tidak menimbulkan persepsi negatif kepada pelanggan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kelab Pembinaan Peringkat Negeri Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau, di sini kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Pahang, Suhaimi Mansor.
Sukma 2012 yang bermula 7 Julai sehingga 16 Julai ini bakal berlangsung di tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Temerloh.

Sementara itu, kata Ishak, tapak-tapak perniagaan tersebut juga telah disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan kebanyakannya terletak di sekitar penginapan para atlet, kawasan sekolah dan beberapa tempat strategik.

"Kita beri peluang ini untuk usahawan menambah pendapatan mereka pada sepanjang kejohanan Sukma yang akan berlangsung di sini tidak lama lagi.

"Secara tidak langsung, mereka dapat memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat luar di seluruh negara yang bakal berkunjung ke negeri ini," katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping