Hehehe... Niat Si Nik Aziz ni menyindir Datuk Seri Najib jelas turut terkena tepat pada muka dua orang rakannya dalam Pakatan Pembangkang tu.
Ini bukan setakat kena sipi - sipi, tapi main pukul terus ke muka Si Khalid Gagap dan Si Biawak Guan Eng tu kerana sikap pengecut yang ditunjukkan mereka selama hari ini.
Kata Si Nik Aziz, PM seolah - olah dalam 'Ketakutan' untuk mengumumkan pembubaran Parlimen dan disifatkan satu kemenangan moral bagi Pakatan Pembangkang.
"Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar Parlimen. Lepas sehari, sehari ditangguh. Tentu ada sesuatu. Masalah apa kita tak tahu, yang pasti dia (Najib) 'serabut perut'," katanya dipetik Harakah Daily hari ini.
Soalnya, sejak bila pulak PM umum nak adakan Pilihan Raya dan kemudian dia tangguh dari sehari ke sehari? Mana Si Nik Aziz ni dapat berita kata PM tangguh tarikh PRU?
Kalau macam tu la persepsi Si Nik Aziz ni, maka orang di Selangor dan di Pulau Pinang perlu bersyukur kerana mereka juga sudah menang dari segi moral.
Mana tidaknya. Bukan sekali dua Si Khalid Gagap dan Si Biawak Guan Eng tu ulang kenyataan yang mereka takkan bubarkan DUN serentak dengan Parlimen.
Bukankah itu juga wajar disifatkan sebagai satu kemenangan moral dipihak Barisan Nasional seperti mana yang dinyatakan oleh Si Nik Aziz ni tadi?
Kalau diorang berdua bukan jenis manusia yang PENGECUT, kenapa sampai hari ini mereka masih juga enggan membubarkan DUN sekali dengan Parlimen?
Kenapa diorang tak nak Pilihan Raya Umum diadakan serentak? Apa yang perlu mereka takutkan jika dari segi moralnya, Pakatan Pembangkang dah menang?
Apa yang pasti, nampak sangat yang diorang berdua tu pun 'Serabut Perut' dan turut berada dalam 'Ketakutan' seperti yang dinyatakan oleh Si Nik Aziz ni.
Jadi, adalah lebih baik buat Si Nik Aziz tu desak dua orang rakan seperjuangan dia tunjuk 'telur' masing - masing dan bubarkan DUN serentak dengan Parlimen.
Kalau tidak, buat mengabihkan masa je la dia bercakap!!! Setakat cakap kat orang je pandai buat apa sedangkan rakan - rakan dia sendiri pun Penakut jugak!!! Sedar la diri sikit. Jangan la asyik nak kaji nyamuk diseberang laut je!!!
Kapal banyak nakhoda jadi begitulah.Sama sendiri pun bercakaran. Ada niat nak tinggal menetap di P/jaya. Punah ranah.
BalasPadam