Selasa, Julai 24, 2012


Ya!!! Itulah alasan yang diberikan oleh Si Rafizi Jambu tanpa rasa malu dengan diri sendiri tatkala dia ditemubual oleh wartawan baru - baru ini.

Kata Si Rafizi tu, nama PM yang dikaitkan dengan isu berkaitan projek LRT jajaran Ampang tu hanya satu kebetulan sahaja. Bukan niat dia nak fitnah PM.

Soalnya, takkan la dia tak tau siapa Pengerusi Jawatankuasa yang membuat penilaian terhadap projek tersebut? Katanya, dia ada semua dokumen berkaitan.

Kalau dia ada dokumen tersebut, bagaimana pulak dia boleh dakwan tuduhan terhadap PM tu hanya merupakan satu kebetulan sahaja?

Tambahan pulak, dalam laporan Polis yang dibuat sebelum ini dengan jelas dinyatakan oleh Si Rafizi bahawa PM menyalahgunakan kuasa.

Sewaktu dia dan pemimpin - pemimpin lain dari Pakatan Pembangkang buat ceramah pun, nama PM disebut sebagai orang yang bertanggungjawab.

Jadi, bagaimana Si Rafizi Jambu tu boleh kata yang ianya secara 'Kebetulan' mengaitkan nama PM dalam isu tersebut? Kebetulan Kepala Tengkorak Dia!!!

Nampak sangat la dia dah kantoi sebab buat fitnah terhadap Perdana Menteri dan juga syarikat Prasarana dalam isu projek LRT ni. 

Tapi, nak cover malu punya pasal, dia sanggup menipu rakyat dengan membuat dakwaan kononnya nama PM tu dikaitkan secara Kebetulan. Kalau dah namanya Penipu dan Kaki Fitnah tu ye tak, apa lagi yang dia tau buat!!! Itu je kerja dia pun!!!
Jika sebelum ini penyelewengan dana kerajaan mengakibatkan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil letak jawatan, dakwaan terbaru campurtangan Perdana Menteri berhubung projek lanjutan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang disifatkan lebih berani.

Namun pendirian "anak emas" Anwar Ibrahim itu dilihat berubah sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menafikan salah guna kuasa bersabit penganugerahan kontrak berkenaan minggu lalu.


Campurtangan PM hanya kebetulan


Dalam kenyataannya kepada AntaraPos, Rafizi menjelaskan dakwaan campurtangan kontrak projek LRT Ampang melibatkan Najib hanya kebetulan.

Jelas beliau, matlamat pendedahan hanya berasaskan kepentingan umum dan berpandukan kepada isu yang dipercayai mempunyai unsur salahguna kuasa oleh pemimpin tertinggi kerajaan tanpa prejudis.

"Kalau menteri lain mencampuri urusan tersebut (LRT), kita tetap akan bawa isu tersebut untuk didedahkan.

“Kali ini Perdana Menteri kena (dikaitkan), itu nasib dia sebab dia yang campurtangan,” katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping