Ahad, Julai 08, 2012


Dah tentu - tentu dalam kepala otak korang terberfikir, siapa dia orang dalam gambar diatas ni. Tak pernah pulak orang dengar nama dia sebelum ni ye tak. Tiba - tiba nama dia muncul.

Siapa dia sebenarnya Datuk Mohamed Daud ni? Kenapa pulak dia nak kena pecat? Dia ahli parti mana? Atas sebab apa pulak dia nak kena pecat? Meh kita baca sikit apa cerita dia.
KOTA BHARU: Pemimpin dan ahli PAS ditegur kerana terlalu ghairah menawan Putrajaya sehinggakan agenda dakwah sebenar dalam masyarakat seperti dipinggirkan, demikian disuarakan Datuk Mohamed Daud.
Mohamed yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan menzahirkan rasa kesal dengan sikap kebanyakan pemimpin dan ahli PAS yang dilihat merancang untuk merampas kekuasaan negara semata-mata.
Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat menegur sepatutnya orang PAS memenuhi masjid dan mengadakan lebih banyak program dakwah serta pendidikan.
Mohamed berkata lebih banyak masjid kini termasuk di Kelantan semakin suram tanpa agenda tarbiah sedangkan dalam sejarah Nabi Muhammad SAW telah meletakkan masjid sebagai pusat penting untuk menyuburkan agama.
“Kita sepatutnya menghidupkan masjid terlebih dahulu, kuasai masjid sebelum kita ghairah mahu berkuasa di Putrajaya.
“Kalau kita tinggalkan agenda masjid dan hanya fikir mahukan Putrajaya, jika kita kuasa kelak, orang jenis macam mana yang kita hendak lantik menjadi duta misalnya? Adakah orang yang tidak pernah bersolat di masjid?
“Saya sedih lihat keadaan banyak masjid sekarang sudah mati, di mana orang kita yang sepatutnya datang penuhkan masjid? Padahal kalau masjid sudah hidup barulah kita sebenarnya boleh perintah negara,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri semalam.
Mohamed menambah, beliau amat berharap semua pihak sedar mengenai perkara ini dan melakukan tindakan segera.
Hah! Macam mana? Apa pendapat korang? Kalau dah Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan pun cakap macam tu, kita yang duduk diluar parti tu takkan nak ikut cakap diorang jugak kot.

Dah memang jelas yang PAS sekarang sudah jauh meninggalkan perjuangan asal yang mereka dokongi selama hari ni. 

Dasar perjuangan yang menjadi nadi utama mereka dulu kini sudah jauh menyimpang akibat Gila Kuasa. Tu pasal la orang kata PAS ni Parti Ajaran Sesat!!! Dah memang diorang sesat, nak buat macam mana lagi!!!
Categories: , , ,

5 ulasan:

  1. PAS bukan Parti Ajaran Sesat ..... tetapi
    Parti Ajaran syaitan.

    BalasPadam
  2. jangan dia org kata ni salah UMNO sudah

    BalasPadam
  3. Orang pas dah tak ke masjid sebab dorang dah sedar yg dorang bukan beragama Islam tapi agama kebajikan. Penganut agama kebajikan ni pegi ke balairaya, oadang bola, dewan dok dengar kuliah maki hamun dan mencarut.

    BalasPadam
  4. suka ati mak bapak ko je kate ajaran sesat.. jakim tak fatwa pun kate sesat. korg ni lebih alim dan pandai ilmu agama dari ulama' ulama' kat malaysia?? dasar manusia munafik!

    BalasPadam
  5. "Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri semalam."
    "Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat menegur sepatutnya orang PAS memenuhi masjid dan mengadakan lebih banyak program dakwah serta pendidikan."

    Beliau cuma menegur.... tak pula dia suruh keluar parti. Itu pun korang tak boleh faham ke???

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping