Ahad, Julai 22, 2012


Mungkin Semut agak terlewat dalam membuat ulasan mengenai debat yang berlansung diantara Ustaz Fathul Bari dengan Si Nasa Tantawi ni.

Bukan tak nak ulas masa awal - awal hari tu. Kenyataannya, bagi Semut, debat ni hanya menghabiskan masa je sebenarnya. Bukannya dapat mencapai apa - apa pun.

Kebetulan pulak, sewaktu bersantai selepas solat Terawikh semalam, ada orang rancak berbual mengenai perdebatan yang berlansung diantara dua tokoh tu.

Kata salah seorang dari mereka, debat tu kelihatan tidak seimbang dimana Nasa Tantawi jelas menjuruskan kepada Politik. Semua isu dikaitkan dengan Politik. 

Manakala Ustaz Fathul Bari pulak lebih membicarakan soal agama dan tidak lansung mengaitkannya dengan mana - mana parti Politik tertentu.

Walaupun Ustaz Fathul Bari mewakili parti UMNO, namun dia secara terbuka membuat hujah dan ianya agak ketinggalan jika nak dibandingkan dengan Si Nasa.

Apa yang orang tu cuba nak jelaskan ialah, Ustaz Fathul Bari dilihat gagal menguasi persepsi dalam bidang Politik. Tidak seperti Si Nasa Tantawi yang memang terkenal dalam bidang tu.

Tetapi, bagi pandangan Semut, bagus jugak. Itu menguatkan lagi bukti bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang benar - benar memperjuangkan Islam.

Sebaliknya, PAS hanya memperjuangkan Politik semata - mata dimana mereka didapati lebh mengutamakan Politik dari perkara lain.

Memang betul. Wacana tu adalah mengenai soal Politik dan generasi muda. Tetapi, apa yang orang muda nak dengar ialah dari sudut Islamnya.

Maka jelas, Ustaz Fathul Bari berjaya mengarap isu yang dibentangkan dari sudut Islam manakala Si Nasa hanya tumpu pada Politik sahaja.

Jadinya, bagaimana mungkin ada orang boleh tuduh kata dalam UMNO ni tak de ilmuan Islam sedangkan sewaktu debat tu berlansung, jelas Fathul Bari membicarakan soal agama?

Akhir kata dari Ustaz Fathul Bari berjaya menyentap minda pendengar bila dia kata, "Sampai bila orang Melayu Islam ni nak bergaduh sesama sendiri hanya disebabkan perbedaan fahaman Politik?" Korang fikir la sendiri!!!

Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Setuju yg UFB menumpang parti untuk perjuangkan manhaj salafinya(wahabi).Jika tak alim pasal dunia blogger n etikanya,tak perlu kambing hitamkan papa gomo misalnya...

    BalasPadam
  2. Bila kapas menjadi jala
    Terkena kayu lalu rebah
    Bila PAS dapat kuasa,
    Nasib melayu xkan berubah!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping