Ahad, Julai 01, 2012


DALAM tas tangan Dian Sastrowardoyo, 30, ada sebuah buku kecil yang layaknya dipanggil jurnal. Dia menulis sendiri setiap hari tanpa jemu atau lupa. 
Dia mencatat 10 perkara yang dilakukannya pada setiap hari dan bersyukur dengan segala perlaksanaannya, tanpa gagal.
Jurnal berbentuk sederhana kecil itu ditunjukkan kepada penulis. Ya, tanpa perlu bicara panjang, aktres Indonesia ini menaburkan aura positif. 
Ditambah dengan senyum yang tidak pernah lekang di wajahnya yang ekstra manis, dia memang sekuntum bunga yang punya haruman sendiri.
Bertemu mata dengan wanita yang sudah bergelar ibu, inti katanya sarat terkandung perkataan positif. Dia mengaku jalur hidupnya tersemat erat tema itu. 
Bukan angkara satu insiden atau momen dia menjadi semakin positif setiap hari tetapi kerana dia menikmati hidup dan melayarinya dengan predikat syukur.
Berbelit lidah menyebut nama Diandra Paramitha Sastrowardoyo namun belitan itu tidak sedikit pun mengurangkan pesonanya di sebalik kebangkitan para pendatang seni baharu di Indonesia.
Muncul kali perdana mengait mata khalayak melalui filem Bintang Jatuh dan kemudian menerapkan ingatan ramai terhadap karakter Daya melalui Pasir Berbisik dan Ada Apa Dengan Cinta, kriteria dalaman Dian kemudian menjadi tanda aras kaum Adam mencari pacar.
Fasa demi fasa dilalui Dian, tampak diam seketika dalam dunia lakonan, wanita ini hakikatnya sedang berada dalam dunia kekeluargaannya. 
Kesempatan bertemu mata sebelum sidang akhbar bersama pihak L'oreal Indonesia, dia bercerita luncur seperti air mengalir tentang hidupnya kini.
"Kehidupan sekarang sibuk dengan hal-hal domestik iaitu menguruskan suami dan anak," mula Dian dengan ketawa.
"Belum sesuai untuk berlakon filem kerana saya masih menyusukan anak. Jika ada skrip yang sesuai, pasti akan diambil. Memang banyak tawaran filem yang ditolak sebenarnya," ujarnya apabila disentuh aspek berlakon.
Mengheret sedikit ke detik sebelum bergelar isteri kepada Indraguna Sutowo dan bonda kepada Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo, Dian berkongsi proses hidupnya.
"Dulu saya seorang individu solo yang bercita-cita besar. Jujurnya, saya berasa terlalu cepat berkahwin kerana waktu itu saya juga mahu melanjutkan pelajaran.
"Lima bulan menikah kemudian saya hamil, betapa cepat semua proses berlaku. Saya akur, saya dan Indra memang ditakdirkan untuk masing-masing. 
"Hidup saya kini tidaklah sempurna tetapi berbeza," lanjut Dian tentang belahan jiwanya yang dinikahi pada 18 Mei 2010.
Masuk ke dalam suatu yang dinamakan transformasi, aktres yang pernah menggondol Anugerah Aktres Terbaik pada Festival Filem Deauville, Perancis ini mengaku membaca buku dan bertemu dengan banyak ragam orang merupakan faktor dirinya bergerak ke arah elemen positif.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping