Ahad, Julai 08, 2012


Hadus!!! Macam dah jadi sindrom berjangkit pulak bila pemimpin Pakatan Pembangkang ni kena lempang. Lepas sorang - sorang senget mukanya.

Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah diorang sendiri yang cari penyakit. Memang patut sangat la kena lempang sampai senget muka macam tu.

Dah la jenis manusia yang tak sedar diri pulak tu. Dah tua pun dok sibuk lagi nak berpolitik. Jadi, kalau tak kena lempang macam ni, macam mana diorang nak sedar diri!!! Sampai mati pun diorang buat bodoh jugak!!!
Sebenarnya DAP mahukan persamaan taraf antara Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina di negara ini.
Lim Kit Siang cuba menuding jari kepada Datuk Seri Najib sebagai bertanggungjawab di atas kejadian rasuah, yang menurutnya; lebih teruk dari keadaan dalam masa dua perdana menteri terdahulu. 
Beliau mungkin benar dari segi  di bawah perdana menteri dahulu tidak ada rasuah di kalangan pembangkang, tetapi sekarang kerajaan pembangkang di Selangor dan orang-orang DAP sendiri terlibat dengan rasuah, sehingga ada yang membunuh diri. Inilah yang menyebabkan Kit Siang rasa tambah teruk.

Lee Kuan Yew tidak akan bermain sandiwara seperti Kit Siang jika orang partinya sendiri terlibat dengan rasuah. DAP tidak bersih, DAP bersekongkol dengan parti yang kotor, orang DAP terlibat dengan   skandal, malah keraguan telah ditimbulkan terhadap kemurnian peribadi  anak Lim Kit Siang sendiri yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Di Singapura sejarah tercatat, seorang menteri membunuh diri kerana disyaki rasuah sebelum dia dihukum, tetapi di Malaysia, Lim Kit Siang mempertahankan orang partinya sendiri dan juga parti perkongsiannya yang rasuah dan tidak bermoral.

Berkerjasama dengan Parti Keadilan yang najis, sepi terhadap ADUN wanita Parti Keadilan yang telibat dengan skandal dan sanggup dipimpin oleh seorang lelaki yang mempunyai nafsu berjenis-jenis. Kit Siang boleh fikirkan apakah Singapura akan bertoleransi terhadap manusia seperti ini.

Untuk pengetahuan Kit Siang, seorang bekas wartawan Utusan Melayu yang menjadi Setiausaha Parlimen sebuah Kementerian di Singapura dalam tahun 60an telah dipecat, setelah diketahui pergi ke rumah urut dalam lawatannya ke Kuala Lumpur bersama rakan-rakan di Utusan.

Lim Kit Siang harus berhenti dari terus berkhayal, bahawa dia atau anaknya adalah Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang bukan Kuan Yew, bukan seorang sosialis, Kit Siang bukan pengawal moral,  DAP bukan PAP yang berjaya membangunkan nilai-nilai moral yang baik untuk rakyat Singapura dan melahirkan 'Singaporean' Singapore.

Lim Kit Siang adalah Chinese Chauvinis yang setaraf dengan Malay Chauvinis. Tidak usahlah menuding jari kepada orang lain untuk menutupi kekotoran diri, cerminlah diri sendiri, jangan jadi seperti kata orang cakap berdegar-degar tahi tersangkut di gelegar. - seterusnya...
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Tengok saja muka apek nie...teringat akan peristiwa rusohan kaum yang berlaku pada 13 May 1969.
    Apek ini lah yang mencetuskan rusohan kaum pada hari tersebut.

    BalasPadam
  2. Aku tgk dap teringat komunis. Mcamanalah pemimpin dan pengikut pas boleh ikut dap komunis ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping