Ahad, Julai 08, 2012


Hehehe... Memang lawak la Si Tony Puaka ni. Dia kononnya nak tunjuk hero dengan mendedahkan kesilapan fakta yang dibuat oleh MCA sebelum ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan dalam Sinar Harian Online semalam, Si Tony Puaka tu cuba untuk mengelirukan oang dengan permainan bernombor.

Perkara seumpama ini sudah menjadi kebiasaan kepada puak - puak Pakatan Pembangkang apabila mereka membuat tuduhan atau pun menjawab skandal terhadap mereka.

Tapi yang kelakarnya, Si Tony Puaka tu turut membelit leher Si Khalid Gagap dalam permainan nombor dia hari ini. Tak pasal - pasal je Si Khalid Gagap tu jugak yang salah.

Dalam kenyataan media Si Tony Puaka tu semalam, dia mengakui bahawa Kerajaan Selangor ada buat kesilapan. Mari kita baca sedikit kenyataan yang dikeluarkan oleh dia sebelum ini:
KUALA LUMPUR 7 Julai - Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mengakui kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah terlebih bayar RM42 juta bagi tanah pajakan di Bestari Jaya kepada Talam Corporation Bhd. (Talam) semasa proses pemulihan hutang pada tahun 2010.

Pengakuan itu mengesahkan dakwaan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong yang sebelum ini mendedahkan kerajaan negeri Selangor membeli tanah itu dengan harga RM42 juta lebih mahal daripada nilai pasaran.

Tony bagaimanapun berkata, jumlah itu sebenarnya adalah kurang RM9.1 juta daripada keseluruhan transaksi yang melibatkan 13 jenis aset termasuk saham pemilikan tanah, bangunan dan kelab golf.

Katanya, kerajaan negeri telah menilai tanah di Bestari Jaya itu pada harga RM181 juta sementara penilai bebas profesional pula pada RM139 juta.

“Kebanyakan hartanah lain telah dijual pada harga lebih rendah daripada apa yang dinilai oleh penilai profesional. Jika kerajaan negeri mengikut penilaian profesional itu, aset-aset itu mungkin boleh dijual pada harga lebih tinggi iaitu RM685.23 juta.

“Tetapi fakta sebenar adalah aset-aset itu telah dijual kepada kerajaan negeri pada harga cuma RM676.09 juta," katanya pada satu sidang akhbar di sini, hari ini.
Nah!!! Macam mana pulak seorang Menteri Besar yang selama hari ini cukup GAH mendabik dada kononnya dia seorang pakar dalam ekonomi boleh buat silap macam tu?

Bukan sikit - sikit kesilapan yang dia buat. Kalau setakat seposen dua, boleh jugak la kita maafkan. Ini sampai RM 42juta menda kejadahnya!!!

Mungkin itulah akibatnya bagi seorang yang cukup bangga dengan diri sendiri sampaikan benda besar macam tu pun dia boleh tak nampak. Lain kali, berlagak la lagi. Tapi jangan la sampai nak tipu duit rakyat!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping