Kejadian yang menimpa Kak Hasnah ni menunjukkan kita dengan jelas bahawa PAS bukanlah parti yang benar - benar memperjuangkan Islam.
Mana tidak. Walaupun setelah sekian lama mendabik dada mengatakan mereka berjuang mahu menegakkan Islam, Ahli sendiri pun masih sesat.
Itu menunjukkan yang PAS tidak menjalankan kerja dakwaah Islamiah bagi mendidik ahli agar faham tentang Islam seperti mana yang menjadi tuntutan agama yang sebenar.
Mereka lebih suka tampil diatas pentas membicarakan soal Politik disamping memburuk - burukkan orang lain. Tak ketinggalan juga dengan ceramah di Masjid dan Surau.
Jadi, bagaimana mungkin mereka berhak untuk mengatakan yang mereka memperjuangkan Islam sedangkan ahli sendiri tak faham Islam itu sendiri?
Bagaimana mereka nak mendidik orang yang bukan Islam agar dapat menerima Islam jika ahli sendiri pun masih lagi belum habis diajar?
Maka, boleh la kita simpulkan bahawa PAS ni hanya sekadar sebuah Parti Politik dan bukannya satu penggerak dalam usaha dakwah di Malaysia ni. Dalam erti kata lain, masuk PAS tak semestinya orang tu Islam sebab PAS bukan memperjuangkan Islam pun!!!
PASIR MAS – Seorang guru al-Quran, Che Hasnah Che Ahmad yang dicerai talak satu oleh bekas suaminya, Yahaya Ibrahim kerana perbezaan parti politik kelmarin bertekad tidak mahu rujuk semula dengan lelaki itu.Menurut Che Hasnah, 61, dia lebih senang duduk sendirian daripada asyik bertengkar mengenai politik dengan Yahaya, 78.“Saya dah tak nak kalau dia nak rujuk. Selepas bercerai, saya lebih senang untuk buat apa sahaja dan nak pergi ke mana sahaja yang saya suka.“Ketika berkahwin dengannya dulu pun kami menetap di rumah saya dan saya akan terus tinggal di sini serta melakukan aktiviti yang saya buat dari dulu lagi iaitu mengajar al-Quran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.Dalam pada itu, Che Hasnah turut menyatakan bahawa dia masih bingung dengan tuduhan suaminya yang mengatakan dirinya sesat serta tidak mengamalkan ajaran Islam dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak masuk akal.“Saya seorang guru al-Quran sejak sekian lama iaitu sebelum berkahwin dengan dia lagi. Saya ada lebih 100 orang murid dan kalau saya sesat, orang tak akan datang belajar dengan saya.“Saya tahu mengenai al-Quran, saya sembahyang, saya mengikuti segala ajaran Islam, saya buat semua tuntutan agama kecuali menyertai Pas,” ujarnya.
Kak,
BalasPadamambo pun mengaji Al-Quran, ambo solat, ambo mengikuti segala ajaran Islam, ambo buat semua tuntutan agama kecuali menyertai Pas yg bersekongkol dgn kapir dap!!
dah lama dah pas tersungkur!!
CERAIKAN ISTERI KERANA PARTI LAIN LAIN....INILAH HASIL DARI GEJALA PARTI POLITIK MEMBUAT FATWA ......TANGGUNGLAH DOSA ITU WAHAI PEMIMPIN YANG MEMFATWAKAN .
BalasPadam