Belum lagi pilihan raya umum, Si Ketua Penipu tu dah angkat bendera putih. Dia kata nak bersara dari politik kalau kalah dalam PRU-13 kelak.
Apapun, anak emas kesayangan dia, Si Nurul Izzah tu mendesak agar Papa dia meneruskan perjuangan kerana PKR dan blok pembangkang masih memerlukan kepimpinannya.
Tanpa Si Ketua Penipu tu, masa depan Nurul Izzah juga turut malap kerana kedudukannya sekarang banyak bergantung kepada Papanya, bukan kebolehan dia sebagai pemimpin.
Bagi PAS pulak, inilah peluang nak menangguk ikan di air keruh. Diorang seolah-olah rela melepaskan Si Ketua Penipu tu dan menggantikan daripada kalangannya.
Inilah peluang keemasan yang ditunggu bagi meletakkan parti itu sebagai penggerak utama setelah disisihkan oleh PKR dan DAPigs.
Parti rasis DAPigs pula tetap mahu Anwar mengepalai agenda 'Tawan Putrajaya' kerana mereka mahu mempergunakan populariti dia dengan pengundi Cina.
Hakikatnya, PAS dan DAPigs bukanlah rakan kongsi yang ikhlas kerana masing-masing mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri.
Sebenarnya, PAS dan DAPigs hanya dilihat sebagai tokoh yang tidak lagi relevan dalam arus politik negara yang semakin berubah.
Mereka hanya akan menyokong Si Ketua Penipu tu selagi dia boleh menyumbang kepada sokongan tambahan serta meningkatkan populariti parti masing-masing.
Mungkin juga kenyataan Si Ketua Penipu tu adalah satu lagi pembohongan besarnya kepada rakyat sebagaimana ia telah lakukan dalam isu 16 September 2008.
Si Ketua Penipu tu hanya menyebabkan rakyat berasa gusar dan bimbang, malah pelabur juga merasa ragu-ragu disebabkan khabar angin bahawa akan berlaku peralihan kerajaan.
Akhirnya tembelang Si Ketua Penipu tu pecah dan episod yang memalukan itu telah menghakis kepercayaan dan keyakinan rakat terhadap pembangkang.
Pembangkang kini dianggap sebagai 'Pakatan Penipu' memang pandai memainkan emosi rakyat, menabur janji palsu serta memutar belitkan fakta.
Tapi, bukan setakat Si Ketua Penipu tu je yang patut bersara, malah isteri dia, Kak Wan Omega, termasuk Assmin, Si Nik Aziz dan Si Hadi Awang wajib bersara dari pentas politik.
Ini kerana kehadiran mereka dalam arena tersebut tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara terutamanya perpaduan bangsa Melayu dan umat Islam.
Bangsa Melayu kini berpecah tiga angkara PAS dan PKR, dan apabila ini berlaku, kekuatan Melayu akan bertambah luntur dan pihak yang menggaut keuntungan ialah DAP.
Apakah rakyat telah lupa, Si Ketua Penipu tu mengarahkan Kak Wan Omega untuk menghapuskan Ketuanan Melayu dalam ucapannya pada konvensyen 2010 parti itu?
Itulah rancangan sebenar Si Ketua Penipu tu untuk menghapuskan kekuatan Melayu dan melenyapkan institusi raja-raja serta kedudukan Islam.
Tindakan tersebut seterusnya akan membuka ruang seluas-luasnya kepada DAPigs untuk melaksanakan program Malaysian Malaysia mengikut acuan Singapura.
Jadi, untuk apa lagi PAS dan PKR wujud? Bubarkan aje la, baru kekuatan Melayu akan pulih dan Umno akan benar-benar dapat menumpukan fokus membela nasib agama, bangsa dan negara!!! Kalau nak harapkan diorang, sampai kiamat pun tak Melayu takkan bersatu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.