Blog ni selalu mempertikaikan mengenai perkara ini. Kenapa Si Ketua Penipu tu takut sangat nak tegakkan Kebenaran bagi menjaga maruah diri dia sendiri?
Kenapa dalam isu skandal dia dengan Chinadoll dulu dia setakat ambik tindakan dengan menafikan sahaja perkara tersebut?
Lepas tu, dia juga turut membuat laporan agar pihak Polis menyiasat berhubung pendedahan itu sahaja. Namun dia tak failkan saman terhadap Datuk Shazryl Eskay.
Isu berkaitan dengan Wanita Misteri pun masih jugak menjadi tanda tanya. Kenapa dia masih lagi belum keluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut?
Dalam isu yang dikaitkan dengan isteri Si Assmin Jamban tu pun, Si Ketua Penipu tu masih jugak mendiamkan diri dan tidak mengambil apa - apa tindakan.
Dan baru - baru ni timbul pulak isu kes dia meliwat seorang pelajar yang didedahkan oleh sebuah laman blog. Pun dia tak nak ambik tindakan.
Soalnya, kalau betul dia tak terlibat dengan apa yang didakwa oleh pihak - pihak tersebut, kenapa dia hanya mendiamkan diri dan takut nak tegakkan Kebenaran?
Padahal, semua tuduhan dan dakwaan tersebut melibatkan maruah diri dan keluarga serta memepengaruhi pandangan rakyat kepada dia.
Rakyat melihat dia takut nak ambik tindakan demi menjaga maruah diri. Kalau itu pun dia GAGAL nak pertahankan, macam mana dia nak pertahankan maruah Negara nanti?
Kini, semuanya seakan - akan sudah terjawab. Melihat kecaman yang diterima oleh seorang Doktor Pakar Radiologi ini mungkin membuatkan Si Ketua Penipu tu ketar lutut.
Mana tidaknya. Dr. Looi Hoong Wah yang tidak dikenali ramai tu pun begitu teruk dihina oleh puak - puak penyokong Anti Lynas hanya semata - mata kerana dia menegakkan Kebenaran.
Nampak sangat la yang penyokong - penyokong Anti Lynas tu memang mengikut emosi menentang pembinaan kilang nadir bumi tersebut. Diorang bukannya menentang berdasarkan fakta dan bukti saintifik!!!
Sebelum ini, tidak ada sesiapa pun yang berani tampil untuk memberikan fakta berkaitan dengan isu pembinaan Kilang Lynas dari kalangan Pakar.
Kebanyakan pihak hanya menumpukan kepada kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat yang juga merupakan seorang pakar Nuklear.Walaubagaimana pun, kenyataan tersebut hanya dilihat dari sudut Politik dan bukannya berlandaskan kepada fakta sebenar.Maka tidak hairanlah jika sejak kebelakangan ini, Dr. Che Rosli mula dilihat lebih berhati - hati dalam menyatakan kebenaran kerana khuatir kedudukannya dalam Politik akan terjejas.Oleh yang demikian, pelbagai pihak menggesa agar pakar - pakar Bebas tampil memberikan maklum balas mengenai isu yang berbangkit ini demi mencari Kebenaran.Namun malangnya, tidak ada seorang pun dikalangan mereka yang Berani tampil kecuali Dr Looi Hoong Wah, seorang pakar Radiologi lulusan FAMM, MB., ChB(Manchester), MRCS(England), MRCP(UK) MRCP(London).
Dalam kenyataan beliau sebelum ini, jelas dinyatakan bahawa beliau kecewa dengan sikap gerakan Anti Lynas yang sengaja memutarbelitkan fakta demi untuk kepentingan individu tertentu.Atas dasar itulah, beliau terpanggil untuk memberikan penerangan secara PERCUMA kepada mana - mana pihak yang sudi mendengar mengenai pendedahan yang hendak dilakukan.
Beliau juga sedar kesan dan akibatnya apabila beliau membuat keputusan tersebut dimana beliau akan dikutuk dan dihina oleh penyokong gerakan Anti Lynas yang terdiri dari kalangan mereka yang sebangsa dengannya.-
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.