Selasa, Julai 24, 2012


Korang jangan marah bila Semut siarkan gambar kat atas ni. Baca dulu penerangan dibawah ni. Baru la korang boleh komen kemudian.

Hakikatnya, memang ramai orang yang 'panas' hati bila gambar diatas ni dikaitkan dengan puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Nak pulak Si Ketua Penipu.

Diorang tuduh la kata blog ni blog lucah. Walhal, pendedahan yang dibuat boleh diibaratkan membogelkan puak - puak Pakatan Pembangkang tu.

Tinggal lagi, takkan la Semut nak letak gambar bogel diorang pulak kot. Takut nanti ada pulak yang termuntah depan komputer. Naya la pulak, ye tak.

Tapi, memang dah menjadi norma puak - puak Pakatan Pembangkang tu gamaknya. Diorang ni tak pernah dengar perumpamaan orang Putih: Dont' Judge The Book By Its Cover.

Realitinya, puak - puak Pakatan Pembangkang tu memang suka tengok kulit dan malas nak baca isi dalamnya. Jadi, sebab itulah diorang mudah tersesat.

Contohnya macam golongan artis yang baru masuk Parti Angguk Saja tu. Diorang setakat tengok puak - puak tu pakai kopiah, tapi tak mengenali perjuangan parti tu.

Kalau setakat tengok orang pakai kopiah diorang boleh kata orang tu alim, tak payah la susah - susah orang nak mengucap dua kalimah syahadah. 

Suruh Si Karpal tu pakai kopiah, alim la dia ye tak. Tak de la susah - susah PAS nak menegakkan benang yang basah mengatakan Si Karpal tu tolak hudud.

Satu lagi isu ialah berkaitan dengan slogan. Dulu, berselak - selak diorang tolak Gagasan 1Malaysia. Tapi, akhirnya, ada jugak dikalangan pemimpin diorang yang pakai logo tu.

Diorang sebenarnya memang tak boleh nak nafikan yang Gagasan tersebut adalah demi kebaikan rakyat secara keseluruhan. Diorang kalau boleh nak rakyat berpecah belah.

Dan terbaru, slogan 55 Tahun Merdeka, Janji Di Tepati. Itu pun diorang nak meroyan tak tentu arah. Apa salahnya Kerajaan nak pakai slogan tu?

Memang betul apa, 55 tahun Kerajaan menunaikan janji mereka kepada rakyat. Rakyat nak kemajuan, Kerajaan bagi. Nak pembangunan, kerajaan sediakan. 

Nak pendidikan, nak perumahan, nak pekerjaan dan macam - macam lagi, semuanya Kerajaan sediakan. Diorang kata pulak, itu memang tanggungjawab Kerajaan.

Kalau Kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka, diorang nak tentang apa lagi? Yang sebenarnya, diorang yang buat janji tapi tak dapat tunaikan!!! Itu pasal la diorang songeh nak pakai slogan tu!!! Diornag malu dengan diri sendiri!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. tuan punya blog, tlg la jgn letak gambar minah sexy kat blog ni. Pelajar aku, sekolah menengah pun ada mai gak blog ni. Depa pun peka dgn pkembangan politik. Aku x sembang politik, tp terdengar komen depa kat sekolah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping