Ini satu lagi perangai pelik yang memang boleh buat semua orang pening dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Tak pernah lagi jumpa orang macam ni.
Kalau sebelum ni, diorang setakat beretorik apabila menyatakan yang diorang nak perjuangkan Kebebasan Media sedangkan diorang juga yang dok balun media sedia ada.
Diorang kutuk pihak media ni dengan macam - macam gelaran. Pencacai la, perkakas la, anjing la, pelacur la. Macam - macam lagi label yang telah dilontarkan.
Lepas tu semalam, diorang beria - ia menuduh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka sebagai 'Berat Sebelah' dan membawa 'banner' dalam sidang DUN.
Tak cukup dengan itu. Diorang tuduh pulak MCA dan Barisan Nasional dah berpakat untuk memalukan Madam Lim tu dalam sidang dewan bila isu tu disiarkan dalam media.
Bila kena gantung, diorang beria - ia la meroyan macam orang hilang akal. Buat tuduhan kata orang itu tak betul, orang ini tak betul dan sebagainya.
Padahal, sehari sebelum itu, diorang jugak yang ambik tindakan untuk keluar dari sidang DUN tanda protes. Sekarang, Speaker tu gantung diorang pun nak marah jugak ke?
Bukan ke diorang jugak yang bertindak nak memulaukan Sidang DUN yang sedang berlansung tu? Sekarang, duduk la kat 'pulau' diorang sendiri. Nak marah apa pasal pulak?
Alang - alang diorang suka sangat keluar dari sidang DUN nak protes punya pasal, baik la Speaker tu gantung diorang terus. Kalau duduk dalam dewan pun bukannya diorang nak berbincang cara bagaimana nak membantu rakyat. Setakat mengabihkan masa ada la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.