Rabu, Julai 11, 2012


Waduh!!! Apa nak jadi ni? Semalam Pejabat MB Pahang kena gegar dengan beberapa penduduk India dari Cameron Highland. Hari ni, Pejabat MB Selangor pulak.

Dalam insiden semalam, memang jelas sangat yang tindakan mereka tu didalangi oleh beberapa individu dari pihak Pakatan Pembangkang.

Tujuan diorang bukannya nak menyelesaikan masalah. Nak tambah masalah lagi ada la. Sepatutnya, sebagai pemimpin, diorang tolong selesaikan masalah. Bukannya buat kerja yang bukan - bukan!!!
SHAH ALAM: Kira-kira 200 orang mengadakan demonstrasi aman di  Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini, bagi membantah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa membenarkan penyelewengan berleluasa.
 
Bantahan tersebut yang bermula berkumpul di  Dataran Shah Alam adalah anjuran NGO, Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Antara rasa tidak puas hati mereka, termasuk dakwaan salah tadbir urus melibatkan Universiti Industri Selangor (Unisel), Yayasan Selangor dan kemelut padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya.

Kumpulan itu kemudiannya berarak menuju ke bangunan SUK bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Abdul Khalid dengan membawa sepanduk dan kain rentang  tertera “Kami Benci Pakatan Rakyat”.

Demonstrasi ini turut mendapat sokongan daripada beberapa NGO lain yang  turut menyertainya. Antaranya, adalah Persatuan Bekas Veteran Tentera Malaysia, Waris Malaya, Belia 4B, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan juga beberapa kumpulan pendesak India yang mendakwa masyarakat itu terus dipinggirkan.

Tinjauan Antarapos, mendapati mereka berang kerana mendakwa Abdul Khalid mengetepikan nasib kaum tersebut.

Sambil melaungkan “Khalid Bodoh” mereka mengegarkan pagar SUK dan melemparkan  air botol minuman ke dalam kawasan SUK.

Dalam memorandumnya, GPRS mendesak kerajaan negeri Selangor memecat ahli politik Pakatan Rakyat yang menduduki Lembaga Pengarah Unisel kerana mempolitikkan institusi itu.

Mereka juga menuntut  kerajaan negeri mendedahkan laporan kewangan Unisel serta menyatakan jumlah kemasukan serta pelajar dari tahun 2008 hingga 2012.

GPRS yang diwakili oleh Zubir Zainuddin dan Mohammad Zainal Khamis menyerahkan  memorandum tersebut kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Norzaton Aini Mohd Kassim.

"Kami mewakili rakyat seluruh Selangor yang tidak berpuas hati  jadi kita menubuhkan satu gerakan iaitu Gerakan Prihatin Rakyat Selangor untuk menyampaikan ketidak puasan hati rakyat Selangor mengenai kepincangan, penyelewengan, dan penipuan yang diterajui oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Maka pada hari ini memorandum mengenai tiga isu, iaitu isu Unisel, penyelewengan Yayasan selangor, dan rampasan padang bola di Kelana Jaya," kata Zubir.

Mengenai penyelewengan Yayasan Selangor pula, kumpulan tersebut menuntut supaya seorang pengawai kanan Yayasan Selangor yang mengaku melakukan kesilapan kerana meluluskan peruntukan RM1.4 juta dipecat.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping