Isnin, Julai 30, 2012


La ish!!! Kesian betul Semut dengan Si Mahfuz Bean ni. Tak sudah - sudah dia dijadikan bahan ketawa seluruh rakyat Malaysia.

Kenapa la orang tak boleh lansung nak menghormati dia sebagai seorang pemimpin ye? Mungkin sebab dia sendiri pun tak hormat pada orang kot.

Jadi, memang patut sangat la orang lain pun hilang rasa hormat tu terhadap dia. Tambahan pulak, kenyataan yang dia buat semuanya jenis tak masuk akal belaka.

Ikut suka dia je nak bercakap apa pun tanpa membuat sebarang rujukan atau pun kaji selidik terlebih dahulu. Harapkan orang lain je buat untuk dia, tak jadi macam tu.

Tapi, ye la. Apa boleh buat ye tak. Kalau tak ada dia, siapa lagi nak hiburkan rakyat Malaysia ni. Jadi, saranan paling baik buat Si Mahfuz Bean ni, lepas ni jangan bertanding jadi wakil rakyat. Baik dia bertanding jadi Raja Lawak. Ada jugak faedahnya!!!
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, isu pertukaran pengarah negeri terbabit mula diperkatakan apabila mereka diarahkan dalam tempoh yang singkat dan mengejutkan. 
“Ini mula dipersoalkan banyak pihak atas tindakan Ismail Sabri kerana pertukaran itu dibuat dua hari selepas himpunan Hari Koperasi Negara,” katanya kepada wartawan. 
Keempat-empat pengarah terbabit masing-masing dari negeri Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah telah menerima surat pertukaran dua hari selepas hari perhimpunan itu diadakan pada 14 Julai lalu. 
Malah dakwanya, tindakan itu diambil selepas Hari Himpunan Koperasi Malaysia gagal untuk himpunkan sejumlah 100,000 orang. 
“Target tidak sampai, sehingga keadaan majlis yang berjalan sangat mengecewakan, Perdana Menteri terpaksa mententeramkan audien bagi memberi peluang beliau berucap. - Sumber

Kenyataan oleh YB Mahfuz hanya bersifat untuk mempolitikkan pertukaran pengarah ini dengan mengambarkan kelemahan Ismail Sabri selaku Menterinya berhubung pertukaran mengejut itu. 
Sebenarnya pertukaran pegawai kerajaan termasuk pengarah tadi adalah perkara biasa dalam sistem perkhidmatan kerajaan yang mesti dipatuhi oleh semua penjawat awam. 
Malah didalam akuan janji juga ada menyebut tentang patuh dengan setiap arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan majikan.
Juga pertukaran pegawai berkait rapat dalam menstruktur semula organisasi supaya lebih mantap dan dijamin kualiti perkhidmatan. 
Timbul persoalan, adakah YB Mahfuz Omar seorang yang hebat dalam ‘pembuat dasar kerajaan’-sehingga mempertikaikan pertukaran setiap pegawai kerajaan mestilah melalui pengetahuan dia dahulu. Taraf SRP betul si Mahfuz nieee.. - seterusnya...
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Hahhahhaha lawak2...kelaka giler mahfuz nih..org x sekolah tinggi..x mengherankan la mcmni kenyataan dia

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping